button follow

Merenung Sejenak

Assalamualaikum...apa khabar.Harap semua sihat je....er..kenapa tiba-tiba hari nie formal semacam je??
haha.Saje je nak buat macam tu.ta bole ke?Ta adalah sebenarnya petang tadi aku ikut mak aku pergi melawat kawan yang baru je kehilangan bapanya yang tercinta di PD.Alang-alang tu dengarlah sekali mak aku bersembang dengan kawan dia.Bercerita pasal ayah dialah.Bagaiman detik-detik terakhir ayahnya meninggal dunia akibat barah paru-paru stage 4.Penat mata menahan air mata nie dari turun .Ergh...jangan buat hal.Tak memasal je menangis kat depan kawan mak aku.Kantoi r curi-curi dengar....er..kalo duduk kat depan dorang dikira curi-curi dengar juga ke???okeyh sambung balik...sedeyh sangat walaupun tak kenal siapa ayah kawan mak aku tu tp aku dapat agak yang arwah tu baik and alim orangnya.Sebab???sebab arwah meninggal ketika sedang berbual dgn anak dia(kawan mak aku lha tu).Sedih kan.Korang tak sedeyh kea.Hm..yang sedeyh nye lagi arwah meninggal sama pada tarikh isterinya disahkan menghidap barah hati (14.11.2012) isterinya confirm barah hati pada 14.11.2011. Isteri nya da meninggal awal tahun 2012.Hm...ta rase ke macam ada chemistery yang kuat disitu.Maybe itulah yang dipanggil cinta matiku.Hm....kan best kalau macam tu.Kan???Sejak dari saat petang tadi aku asyik berfikir bagaimana agaknya keadaan aku akan mati?Adakah aku mati ketika aku tidur atau mungkin mati kemalangan atau mati ketika solat?Entahlah Mati itu kan ditangan Tuhan .Tiada siapa yang tahu.Seharapnya aku dan kita semua mati dalam keadaan yang baik.Amin Insya Allah.Okeyhlah...kat sini nak bagi sikit petanda-petanda orang itu bakal meninggal dunia.Tapi aku bagi tanda-tanda yang paling hampir okeyh.7 hari dan ke bawah.Nah ambil nie.....
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

aku just copy and paste je...terima kasih ye sebab bagi saya copy and paste
hmm.....harap2 apa yang aku cuba buat nie mendapat rahmat dari Nya ..amin.....


akhir sekali


kita sebagai manusia haruslah sentiasa mengingati kematian
kerana kematian itu adalah perkara yang paling hampir 
dengan kita

*terima kasih Allah kerana mengingatkan aku kembali
tika aku makin terlupa dengan perkara dunia

3 comments:

  1. 1 person like this...moga tanda-tanda kematian tu,menjadi ingatan bg orang yang membaca post ni...insya,allah

    ReplyDelete