Assalamualaikum...hai....da dua minggu cuti sekolah.Nak kata boring memang tak payah cakaplah kan.So aku adalah sikit spent time with reading book(Armagedon 2012).Quite interesting book,so dah baca punya baca punya baca...adalah dalam satu dua point yang aku rasa macam nak sangat share kat blog ni.Dalam bab Asap Tebal Memenuhi Bumi...ada satu point tue dimana kita semua dianjurkan untuk bersujud serta memuji Allah semasa asap sedang mulai melanda bumi.Bagaimana asap tiba-tiba boleh melanda bumi ni?Ha...berdasarkan buku ini..asap yang memenuhi bumi berpunca daripada meteor-meteor yang menghempas bumi.Yang dulunya juga menyebabkan dinosour pupus.Hmmm...alasan yang memang boleh pakai.So..kenapa kita kena bersujud pula?Kerana untuk mengelakkan kita dari berasa terlampau takut hingga jatuh pengsan seperti orang-orang kafir.Ketakutan orang-orang kafir ketika itu sama seperti ketakutan orang yang sedang menghadapi sakaratul maut.Semua ni dianjurkan sendiri oleh Rasullah S.A.W.
Satu lagi hadis Rasullah s.a.w tentang bencana asap tebal ini adalah berdasarkan seperti dibawah:
.....Bunyi yang kuat(haddatun) pada pertengahan bulan Ramadan,pada malam Jumaat,akan muncul bunyi yang kuat,yang membangunkan orang tidur,menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk,para gadis keluar dari pingintannya(biasanya anak dara akan duduk di rumah,tetapi kali ini mereka keluar dari rumah) pada malam Jumaat pada tahun terjadinya banyak gempa.Jika kamu melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat,masuklah kamu ke dalam rumah kamu,tutuplah pintu-pintunya,sumbatlah lubang-lubangnya(lubang udara),dan selimutilah diri kamu,sumbatlah telinga kamu.Jika kamu berasa ada bunyi yang kuat,maka bersujudlah kamu kepada Allah dan ucapkanlah 'Mahasuci al-Quddus(subhaanal Qudduus),Maha Suci al-Qudduus,Tuhan kami al-Qudduus(Robbunal Qudduus),kerana sesiapa yang melakukan perkara itu akan selamat,tetapi sesiapa yang tidak melakukan perkara itu akan binasa.''
(petikan hadis panjang yang dilaporkan oleh Nu'aim bin Hammad,iaitu guru imam Bukhari.)
okeylah...sampai sini jelah yang aku nak tulis..yelah kalau tulis panjang-panjang lama-lama mesti bosan korang baca kan.Okey..nanti aku sambung lagi ea pasal persediaan menghadapi bencana akhir zaman nie ea.Insya allah....


Wehh post lagi pasal mende2 ni. Nak baca :)
ReplyDelete