Hari yang dinantikan dengan penuh kesabaran tiba jua.Penerbangan ke Korea
pada pukul enam petang membuatkan Aen tidak
senang duduk.Maklumlah pertama kali naik kapal terbang.Destinasinya pula Korea antara tempat yang sangat Aen impikan untuk melancong.
Aen berhenti seketika dari mengemas bagasinya.Dia termenung.Kalendarnya dicapai.30/11/2011 (my birthday).Sekali lagi Aen tersenyum.Buat pertama kali dalam hidupnya menyambut hari jadi di luar negara.Hatinya sungguh gembira.Aen kemudian mencatat sesuatu diatas kalendarnya ‘best present birthday in my life.it is Korea!’
*******************************************************
Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sesak dengan pelbagai rupa masyarakat.Ada yang datang dari England.Ada yang datang dari Arab.Pelbagai bangsa ada disini kalau tidak lapangan ini taklah dipanggil antarabangsa.
Aen,Sarah dan Yasmin mengikuti ahli rombongan yang lain untuk urusan penerbangan.Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.Setengah jam sudah berlalu dan ramai juga pelajar yang sudah menyelesaikan urusan
penerbangan dan sekarang hanya tinggal pesawat saja yang belum tiba.
“Aen,kau tak nak telefon mak kau ke?”tanya Sarah.
“Aku awal-awal lagi dah telefon.Mana Min?”
“Dia pergi jumpa keluarga dia kejap.Kau dah sedia?”
“Sedia?Gaya kau macam kita nak pergi Palestin je.Relaks je la.Korea je pun,”
“Hm...ye lah.Korea je pun.Sebenarnya dalam hati bukan main melompat-lompat lagi,”
“Cyh...”
“Baiklah semua pelajar.Pesawat sudah tiba.Saya nak semua berkumpul.Bila saya sebut nombor giliran sila naik ok?”Puan Faridah,penyelia rombongan memberi arahan.
Seorang demi seorang masuk kedalam pesawat begitu juga Aen,Sarah dan Yasmin.Keadaan didalam kapal terbang agak sempit.Tempat duduk disitu telah dibahagikan kepada dua.Bahagian pertama disediakan tiga kerusin,ditengahnya ialah jalan untuk lalu lalang dan bahagian kedua disediakan dua buah kerusi.Sarah,Yasmin dan seorang pelajar tahun pertama duduk dibahagian pertama.Aen pula duduk dibahagian kedua.
“Yea...kita semua duduk sederetlah.Siapa orang sebelah kau Aen?”
“Ntah.Orang tu tak naik lagi.Oh,orang tu dah sampai dan oh tidak!”
“Kenapa Aen?”
Aiman dan Ikhwan tersengih seperti kerang busuk.Aen menoleh memandang Sarah.Sarah menghela nafasnya,redha.Yasmin tersengih-sengih.Aen redha.
“Kau duduk sini ke?”tanya Aen tidak bersemangat.
“Eh,Iwan aku kena duduk sebelah pengemislah,”
“Hehehe....kesiannya aku tengok kau,”balas Ikhwan.
“Heh,kau ingat aku nak duduk sebelah kau sangatlah.Aku tak ingin langsunglah.Pencuri!”
“Ada aku kisah ke pengemis?”
Aen menjeling.Aiman dengan penuh senyuman melabuhkan punggungnya disebelah Aen.Aiman memandang Aen dan masih belum berhenti tersengih.Aen buat-buat tak nampak.Malas mahu dia layan Aiman yang sungguh keanak-anakkan.Dia mahu perjalanannya ke Korea penuh dengan kegembiraan dan kedamaian.
Aiman baru saja hendak membuka mulut,mahu menggangu ketenteraman Aen namun Aen cepat-cepat memakai earphone .Aen menjelir lidah padan muka kau.Kali ni kau takkan dapat kacau aku.Aku bukannya dengar pun .Hati Aen tertawa jahat.Sengaja volume pemain musiknya dikuatkan.
“Oit Aen.Aku tahu kau dengar,”Aiman memulakan operasinya menggangu Aen.
Aen berpura-pura tidak mendengar.Matanya ditutup rapat.Namun suara Aiman memang kebal dengan pemain musiknya.Suara Aiman jelas kedengaran ditelinga.Hati Aen mendidih.
“Kau nak apa ha?”kasar bunyinya.
“Saja nak kacau,”
“Menyampahlah.Boleh tak kau buat benda lain.Kau dah tak ada orang lain ke nak kacau?”
“Tak ada.Aku bosanlah.Iwan dah lama berdengkur.Jom borak dengan aku,”
“Borak?Arnab ni nak borak dengan kau.Ambillah ni.Borak dengan dia,”Aen memberi patung arnabnya yang digantung di beg sandang berjenama Nike.
Aiman menyambut pemberian Aen.”Hai apa khabar?”
“Khabar baik.Nama saya Aen Nur Iman.Hai hai,”Aiman membalas kembali pertanyaannya sendiri.Tangan patung arnab itu diangkatnya tinggi-tinggi.
“Heh!Jangan kau bagi nama arnab ni ok.Arnab ni namanya Ayin.Ingat tu,”Aen menyampuk.
“Eee..tengok perangai tuan kau tu Ayin.Buruk betul,”
“Haah,”Aiman menganggukkan kepala arnab putih itu.
“Ayin.Kau jangan nak kutuk aku pula eh.Jangan kau ikut perangai orang ni,”
“Hahha...kau pula yang tak betul cakap dengan patung arnab,”Aiman mengejek.
“Biarlah.Habis tu kau cakap dengan patung arnab ni tak apa pula?”
“Suka hati akulah.Hidup aku,”
Aen geram.Aiman tak mentertawakan Aen.

