button follow

Semanis Oreo dan Dutch Lady (bab 4)

“Aen...kau dah pulangkan pendrive dia
balik ke?”tanya Sarah.
        “Belum lagi sebab aku tak nampak kelibat dia pun hari ni,”
        “Kau tak tahu siapa nama dia ke?”
        “Tak silap aku nama dia Aiman Farahi tu pun Faizal yang bagi tahu,”
        “Faizal?Kau rapat dengan lelaki tu ke?Untungnya kau.Ada kawan yang popular.Tertukar pendrive dengan Aiman pula tu.Dua-dua lelaki tu popular kan Sarah?”
        “So?Ada masalah ke dengan aku.Setakat Aiman tu hurm...baik tak payah.Tak beradab langsung dengan orang perempuan,”
        “Tak beradab?Dia ada buat apa-apa yang tak elok dekat kau ke?”tanya Yasmin sedikit terkejut.Maklumlah jarang dia dengar cerita yang tak elok tentang lelaki itu.
        “Ada.Dia tak tolong aku kutip baranga aku.Ada ke patut tengok je aku terkial-kial kutip.Ish...ta macho langsunglah,”
        “Heheh....hoi cik Aen.Kau ingat ni novel cinta ke?Ni realiti kehidupan ok,”Sarah menyindir.
        “I know but thats part of good manner.Salah ke kalau tolong orang?”
        “Apa-apa je lah cik Aen,”
        “Eh,Aen.Itukan Aiman?Kau tak nak pulangkan sekarang ke?”Yasmin menyedarkan Aen.
        “Haah.Thanks bagitahu.Aku nak pergi jumpa dia kejap.Nak pulangkan balik pendrive dia.Tunggu kejap eh,”Aen segera mengekori Aiman yang baru saja hendak keluar dari kafe.
        “Oit!Oit!”Aen memanggil namun tidak dilayan.
        “Hoi!Aiman Farahi!”
        “Ha,tahu pula nak panggil nama orang.Mak aku punyalah penat cari nama aku.Kau panggil aku ‘hoi’ je?”Aiman berpaling sambil tersengih.
        “Suka hatilah nak panggil kau apa pun.Nah,ambil kau punya barang ni.Sesuka hati je nak tukar,”
        “Eh,bukan kau ke yang kutip barang kau sendiri?Apa pasal nak salahkan aku pula.Salah kau lah,”
        “Heh,tolong sikit eh!Kau yang langgar aku.Kalau kau pasang mata kau besar-besar mesti markah aku tak kena tolak sampai sepuluh peratus tau!”
        “Boleh tak kau bersyukur?Better lah dari aku.Aku kena tolak sampai lima belas peratus tau.Ni semua salah kau!”
        “Aku?Kaulah yang salah.Siapa suruh nak sangat belajar seni reka fesyen.Kenapa?Kau dah bosan belajar berniaga ikan ke?”
        “Amboi,sesuka sesuki hati kau je cakap aku jual ikan.Kau tu apa?”
        “Aku apa?Dahlah Aiman.Kalau kalah mengaku jelah kalah!”
        “Perempuan ni kan...”Aiman menggengam tangannya.
        “Eh....Aiman!Sabar.Jangan kau nak tumbuk kawan aku pula.Dia perempuan ok,”Sarah segera mendapatkan Aen selepas melihat pergaduhan antara Aen dan Aiman.
        “Biar!Biar kawan ni tahu adab bercakap dengan orang lain,”Aiman mula mengacahkan buku limanya.
        “Eh..relaks.Si Aen ni mood dia kurang baik.Maaf ya.Awak dah dapat balik barang awak kan?Kami minta diri dulu ya.Maaf,”Sarah menarik tangan Aen meninggalkan kafe.
        “Hei,Sarah.Kau jangan sibuk boleh tak?Aku tak habis cakap dengan lelaki tu lah,”
        “Kau ni kenapa Aen?Sejak bila kau pandai cari gaduh dengan orang ha?Kau ni dah berubahlah.Aku tak suka Aen macam ni.Mana Aen yang baik pergi?”
        “Hm...maaf.Aku hilang kawalan.Semua ni pasal markah akhir tahun aku.Aa...aku sedih sangat.Kalaulah Aiman tak langgar aku...”
        “Dahlah Aen.Segala yang terjadi tu ada hikmahnya.Mungkin ada sebab kenapa Allah takdirkan begitu pada kau,”
        “Hm....aku ni kadang-kadang teruk juga kan?”
        “Biasalah tu bila orang bijak pandai kena tolak markah mestilah frust. Betul tak?”
        “Betul lah tu...”
        “Lepas ni janganlah kau bermusuh lagi dengan Aiman tu.Benci lama-lama jadi sayang.Bahaya tau,”
        “Mengada-ngadalah kau.Aku tak mungkin suka dekat Aiman,”
        “Takdir menentukan segalanya Aen,”
        “Kau menakutkan aku Sarah,”
        “Oh ye ke?Hahha”
        Aen kembali menerima hakikat.Mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa Aiman langgar dia.Takdir menentukan segalanya...
        

No comments:

Post a Comment