“Aen,kau free tak sekarang?”tanya
Yasmin.
“Free je.Kenapa?”Aen menjawab sambil
menyedut air Dutch Lady kegemarannya.
“Kalau macam tu.Jom teman aku pergi perpustakaan.Aku kena cari bahan pembentangan Puan Rasyidah,”
“Hm....ok,”Aen menghabiskan minumannya kemudian segera mengekori Yasmin.
Baru saja beberapa anak tangga dipijaknya kedengaran suara orang yang paling dia meluat.Satu,dua,tiga anak tangga.Aen dan Yasmin berada di aras dua Universiti Kebangsaan Malaysia.Tidak jauh dari mereka,Aiman Farahi dan kumpulannya sedang berbual-bual kosong.
“Eh,tu kan sisiwi yang tertukar pendrive dengan kau kan,Joei’?”Ikhwan menyedari kehadiran Aen.
“Haah lah.Korang semua tunggu sini.Aku ada hal kejap,”
“Kau nak buat apa tu Joei’?Woooo,”Rakan-rakannya menghambar.
“Ehem....hai pengemis yang curi pendrive orang.Sihat tak?”
Aen berpaling“Kau nak apa lagi?Tak cukup lagi ke nak sakitkan hati aku?”
“Aku tak nak apa-apa saja nak tegur kau.Kau sihat ke tak?Kalau demam boleh saya belikan Panadol,”
“Blahlah weh!Aku dah malas tengok muka kau.Kau dah tak ada kerja lain ke?Kau pergilah belajar.Cari balik lima belas peratus kau yang hilang tu?”Aen menjeling penuh perasaan meluat.
“Sombongnya.Aku nak tegur-tegur tanda persahabatan pun tak boleh,”
“Aiman ni tak habis-habis nak kacau Aen.Aen,jom blah sekarang.Jangan layan sangat dia ni.Nanti kau hilang kawalan lagi.Patah pula tulang Aiman ni,”Yasmin menarik tangan Aen menggesanya segera ke perpustakaan.
“Kau pergilah cari kerja lain.Pemalas,”Aen memberi sebuah jelingan maut kemudian mula menapak anak tangga.
“Sombongnya.Ambillah oreo ni buat kenang-kenangan,”Aiman membaling beberapa keping biskut Oreo tepat ke tudung Aen.
Aen menoleh.Perasaan marahnya mula meninggi.
“Hoi!Sesuka hati kau je nak baling makanan kat orang!”Aen mencapai botol Dutch Ladynya yang sudah kosong lalu mencampak ke arah Aiman.
“Oit!”Aiman segera mengelak balingan Aen.
“Hahha....tak kena.Apalah.Baling botol pun tak reti,”
Aen kemudian mencapai botol air kepunyaan Yasmin
dan tanpa teragak-agak segera melempar botol itu ke arah Aiman tepat di kepalanya.
“Ouwh...sakitlah,”
“Habis tu kau fikir hati aku tak sakitlah?”Aen kemudian meninggalkan Aiman yang sedang tersengih sendirian.
“Terima kasih Si Bengis yang cantik,”


No comments:
Post a Comment