button follow

Semanis Oreo dan Dutch Lady (bab 6)

“Attention to all students.Attention please,”
suara Puan Hayati kedengaran di setiap corong
pembesar suara UKM.
        “Perhatian kepada semua pelajar yang
menyertai kem bahasa di Korea.Sila hantar borang penyertaan ke pejabat urusan pelajar dengan segera selewat-lewatnya hari Khamis ini.Sesiapa yang menghantar selepas tarikh tamat tidak akan dilayan.Terima kasih semua,”
        Sarah dan Yasmin serentak berpaling ke arah Aen.Aen senyum terpaksa.
        “Aen...kau dah isi borang ke belum?”tanya Sarah dengan nada yang mendatar.
        “Hehehe,”
        “Kau bagi kitorang borang tu sekarang.Aku nak sekarang juga kau isi,”
        “Ok...relakslah.Hari ni baru Selasa,”
        “Relaks kau cakap.Kau tu dahlah pelupa.Nanti segala benda kau lupa.Kau ni mana boleh percaya.Isi borang tu sekarang,”Yasmin membebel.
        “Ok...sekejap,”Aen membuka beg galasnya lalu mencari-cari borang yang dimaksudkan.
        “Weh,borang aku tak ada dalam beg!Macam mana ni?”Aen cuak.
        “Ha!?Tak ada?Aen janganlah main-main,”
        “Aku bergurau je lah.Nah,ambil ni!Sibuk sangat suruh orang isi borang.Menggelabah betullah,”Aen menghulurkan borang kepada Sarah yang sedia menyambutnya.
        “Ok...cepat bagitahu kitorang semua maklumat peribadi kau.Biar aku yang tuliskan untuk kau,”Yasmin tersenyum.
        “Ok....”

*******************************************************   
        “Aen Nur Iman?”
        “Ya,tulah nama perempuan tu,”
        “Hm...berani betul dia rapat dengan Aiman.Baiklah.Saya nak kamu beri amaran lembut dulu,”
        “Kamu nak saya buat apa?”
        “Senang je.Macam ni....”
        “Baiklah tu mudah saja,”
        “Bagus...”
*******************************************************   
Jangan berani dekat dengan Aiman
atau bala menanti anda di kem!!!
ingat anda sentiasa diperhatikan
        “Cis,siapa pulayang conteng locker aku ni?Tak bagi manfaat langsung,”Aen memerli lalu mengelap pintu lockernya yang diconteng dengan cat poster warna merah.
        “Aen,kau tak takut ke?”tanya Sarah.
        “Takut?Buat apa?Bukan dia nak bunuh aku pun.Setakat benda macam ni jangan layan sangatlah Sarah,”
        “Tapi Aen...”
        “Dahlah.Jangan difikirkan sangat.Lagipun siapa yang nak suka dekat Joei’ tu?”
        “Ramai Aen....dia kan popular,”
        “So what?Dia ingat aku takut?Buatlah kalau berani,”Aen menyepak tong sampah yang berada dekat dengan lockernya.
        “Aen...”Sarah menegur lalu mengangkat kembali tong sampah yang jatuh berguling disepak Aen.
        Tidak jauh dari situ tanpa Aen sedari gambarnya ditangkap secara senyap-senyap.

No comments:

Post a Comment