button follow

Videossss..layan saja lha

assalamualaikum...bhaha.tetibe je na gelak.ta lawak pun.ha>suke hatilah.(woi ape kau merepek nie!!)
ops sorie.saja na test upload satu video yang je kluar dari oven haha.anyway,....tengok saja ma..juga disertakan link lagu decode-paramore..suke sangat lagu tue.haha


http://www.youtube.com/watch?v=RvnkAtWcKYg

Paramore -Decode(twilight nye lagu)
cube lha dengar .memang best.anyway assalamualaikum.bye.2

Persediaan Menghadapi Bencana Akhir Zaman:Asap Tebal

Assalamualaikum...hai....da dua minggu cuti sekolah.Nak kata boring memang tak payah cakaplah kan.So aku adalah sikit spent time with reading book(Armagedon 2012).Quite interesting book,so dah baca punya baca punya baca...adalah dalam satu dua point yang aku rasa macam nak sangat share kat blog ni.Dalam bab Asap Tebal Memenuhi Bumi...ada satu point tue dimana kita semua dianjurkan untuk bersujud serta memuji Allah semasa asap sedang mulai melanda bumi.Bagaimana asap tiba-tiba boleh melanda bumi ni?Ha...berdasarkan buku ini..asap yang memenuhi bumi berpunca daripada meteor-meteor yang menghempas bumi.Yang dulunya juga menyebabkan dinosour pupus.Hmmm...alasan yang memang boleh pakai.So..kenapa kita kena bersujud pula?Kerana untuk mengelakkan kita dari berasa terlampau takut hingga jatuh pengsan seperti orang-orang kafir.Ketakutan orang-orang kafir ketika itu sama seperti ketakutan orang yang sedang menghadapi sakaratul maut.Semua ni dianjurkan sendiri oleh Rasullah S.A.W.

Satu lagi hadis  Rasullah s.a.w tentang bencana asap tebal ini adalah berdasarkan seperti dibawah:
.....Bunyi yang kuat(haddatun) pada pertengahan bulan Ramadan,pada malam Jumaat,akan muncul bunyi yang kuat,yang membangunkan orang tidur,menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk,para gadis keluar dari pingintannya(biasanya anak dara akan duduk di rumah,tetapi kali ini mereka keluar dari rumah) pada malam Jumaat pada tahun terjadinya banyak gempa.Jika kamu melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat,masuklah kamu ke dalam rumah kamu,tutuplah pintu-pintunya,sumbatlah lubang-lubangnya(lubang udara),dan selimutilah diri kamu,sumbatlah telinga kamu.Jika kamu berasa ada bunyi yang kuat,maka bersujudlah kamu kepada Allah dan ucapkanlah 'Mahasuci al-Quddus(subhaanal Qudduus),Maha Suci al-Qudduus,Tuhan kami al-Qudduus(Robbunal Qudduus),kerana sesiapa yang  melakukan perkara itu akan selamat,tetapi sesiapa yang tidak melakukan perkara itu akan binasa.''

(petikan hadis panjang yang dilaporkan oleh Nu'aim bin Hammad,iaitu guru imam Bukhari.)

okeylah...sampai sini jelah yang aku nak tulis..yelah kalau tulis panjang-panjang lama-lama mesti bosan korang baca kan.Okey..nanti aku sambung lagi ea pasal persediaan menghadapi bencana akhir zaman nie ea.Insya allah....

Merenung Sejenak

Assalamualaikum...apa khabar.Harap semua sihat je....er..kenapa tiba-tiba hari nie formal semacam je??
haha.Saje je nak buat macam tu.ta bole ke?Ta adalah sebenarnya petang tadi aku ikut mak aku pergi melawat kawan yang baru je kehilangan bapanya yang tercinta di PD.Alang-alang tu dengarlah sekali mak aku bersembang dengan kawan dia.Bercerita pasal ayah dialah.Bagaiman detik-detik terakhir ayahnya meninggal dunia akibat barah paru-paru stage 4.Penat mata menahan air mata nie dari turun .Ergh...jangan buat hal.Tak memasal je menangis kat depan kawan mak aku.Kantoi r curi-curi dengar....er..kalo duduk kat depan dorang dikira curi-curi dengar juga ke???okeyh sambung balik...sedeyh sangat walaupun tak kenal siapa ayah kawan mak aku tu tp aku dapat agak yang arwah tu baik and alim orangnya.Sebab???sebab arwah meninggal ketika sedang berbual dgn anak dia(kawan mak aku lha tu).Sedih kan.Korang tak sedeyh kea.Hm..yang sedeyh nye lagi arwah meninggal sama pada tarikh isterinya disahkan menghidap barah hati (14.11.2012) isterinya confirm barah hati pada 14.11.2011. Isteri nya da meninggal awal tahun 2012.Hm...ta rase ke macam ada chemistery yang kuat disitu.Maybe itulah yang dipanggil cinta matiku.Hm....kan best kalau macam tu.Kan???Sejak dari saat petang tadi aku asyik berfikir bagaimana agaknya keadaan aku akan mati?Adakah aku mati ketika aku tidur atau mungkin mati kemalangan atau mati ketika solat?Entahlah Mati itu kan ditangan Tuhan .Tiada siapa yang tahu.Seharapnya aku dan kita semua mati dalam keadaan yang baik.Amin Insya Allah.Okeyhlah...kat sini nak bagi sikit petanda-petanda orang itu bakal meninggal dunia.Tapi aku bagi tanda-tanda yang paling hampir okeyh.7 hari dan ke bawah.Nah ambil nie.....
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

aku just copy and paste je...terima kasih ye sebab bagi saya copy and paste
hmm.....harap2 apa yang aku cuba buat nie mendapat rahmat dari Nya ..amin.....


akhir sekali


kita sebagai manusia haruslah sentiasa mengingati kematian
kerana kematian itu adalah perkara yang paling hampir 
dengan kita

*terima kasih Allah kerana mengingatkan aku kembali
tika aku makin terlupa dengan perkara dunia

Recycle Owh Recycle!!

Assalamualaikum...finally i'm back.Padahal baru semalam aku post entry.entahlah kenapa rajin sangat nak update sejak kebelakangan nie.Hahaha(gelak je lha).Nak cakap pasal aktiviti recycle untuk dapat duit nak buat jamuan form 3.Tadi sempatlah melawat Facebook seorang bdk nie.Nampak lah pictures banyaklah juga time dorang hantar kertas dekat asrama puteri.Tetiba rajin nak tulis entry.Nah amek lah gambar2 masa dorang semua ceroboh asrama puteri.Siap snap2 lagi tue....

Protect our bilik prep gurlz!

Capek bangat nie



Bahagianya berbaring di atas buku buku after PMR!!

KAMI terbaek



Akan ku redah lautan buku walau apa jua cara sekali pun

Nie lha sedikit sebanyak gambar2 yang aku sempat copy and paste(maaf,ciplak jea)....anyway korang semua memang best and gempaklah.Thanks gak sebab korang sudi tolong kitorang kumpul duit untuk jamuan batch okeyh.Tu je lha anyway bye..




Jamuan Batch form 3 2012



 Assalamualaikum.Baru baru nie batch aku ada buat jamuan kenang kenangan.Hm...So...aku dibawah ajk cenderamata.Nak dijadikan cerita kitorang nak buat mug utk 26 cikgu Form 3.Yang bestnya kitorang langsung ta ada prepara barang untuk cenderamata.Konon nak design sendiri mug tue.Hehe...so kitorang pon pergilah buat muka comel comel dekat warden(niat nak suruh warden hantar kitorang pergi beli barang)...entah macam mana warden pon setuju nak hantar kitorang.Kitorang tak main la beli barang waktu siang hari.Kitorang serang Tesco time malam(12 malam lak tue)hehe...sebab tak ramai orang aku dengan member aku sempat lah snap gambar buat kenangan betapa susahnya nak siapkan cendermata dalam masa 3 hari jea..nah amek ni gambar kitorang dekat Tesco
semangat nya KAMI

Adalah dapat beli 12 mug dengan sharpie 8 warna.weyh!!!arcylic spray nak beli dekat mana?So....kena lah buat muka comel lagi minta tolong warden pergi FRESCO plak bhahaha.....hey..fresco pun ada gak jual arcylic spay jangan main main tau.so dapat lah tambah 14 mug lagi.Time is killing us!Bayangkan kena design 26 mug dalam masa sehari setengah.Pergh,,,mau pecah otak kitorang.Alhamdulillah.kitorang dapat siapkan gak design tue.Nak tak nak nie lah hasil yang kitorang dapat.Tgk lah dekat bawah nie
TADAAA!!!cantik tak???cantik kan kan kan??
ha...inilah cenderamata yang kitorang bagi dekat cikgu form 3.cikgu pun semua nampak okeyh jea.dalam hati tak taulah sumpah seranah kea yang pastinya kitorang dah buat yang terbaek lah.
menu malam tu pula kitorang ada buat BBQ.tapi semua tu budak lelaki punya kerja.sempatlah aku copy2 gambar dorang tengah berperang nak masak ayam dan sosej untuk jamuan malam tue(malam Rabu)...
rupa masing-masing macam mangsa kebakaran je.nilah antara aksi dorang semua membakar ayam ye..


Ni pehal lak capap phone nie???

'Aku hanya mampu termenung melihat mereka semua'

mangsa kebakaran 1

Banyak lagi sebenarnya aksi2 dorang bakar ayam tapi malas lah nak letak banyak banyak buat pening kepala korang je nanti....okeyh seterusnya beralih kepada jamuan  malam tu pula....haha...macam2 lah ada...persembahan nasyid ada..montaj putera puteri ada penyampaian hadiah ada kek pun ada gak...
nah nie gambar2 nye


Kek blueberi





Haha....boleh dikatakan best lah gak jamuan form3 nie...so ta nyesal ta ikut mak pergi Terengganu.Anyway Form 3 we the best....
sampai disini jelah yang aku mampu nak taip memandangkan jam pun dah tunjuk pukul 3 pagi so baek aku beredar sekarang..harap korang semua suka lah baca entry kali ni...laen2 aku tulis pasal recycle ea...
bye
anyway aku sayang korang bhahaha..
assalamualaikum





Saya Mahu Ulzzang

hai
Ulzzang ??????
ape tuh???????
nak tanye malu lha
hahaha
hari nie nak cakap pasal Ulzzang
atau pun name laen nye best face korea
alah yang buat muke comel comel tu
tulha ulzzang
alah tak paham lagi lha 
haiya.....okeyh sini ade beberapa gambar ulzzang 
bagi cerah sikit fikiran yang berserabut tue








ha!!
nie lha ulzzang comel kan??
bagi lelaki mesti cakap tak
confirmnye sebab ramai membe lelaki saya cakap macam tu
hmm..
anyway comel kan
sini ade lha sikit pengetahuan yang ada untuk dikongsi
macam mana nak dapat ekspresi muke yang comel comel nie
Korang sume MESTI ade alat alat nie
*eyeliner warna hitam(waaajiiiibbbbb)
*contact lens/geo lens(contact lens yang bundarkan mata)
*lipgloss
*fondation/bedak asas

nie lah barang2 asas untuk dapat muke yang comel comel nie
setakat nie tu je lha yang saya tahu
ulzzang sangat simple berbanding trend yang lain
simple but pretty cute right??
okeyh nie je yang termampu nak tulis
penat dah jari jemari nie menaip
adios!!

Pasca PMR!! excited kerr??

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
hai hello hola aneyonghaseyo 
lama sesangaaaaaaaaaaaaaaat lha saya tak mengUPDATE blog nie
bukan setakat berhabuk ...ni dah sampai tahap
bersarang lelabah
HA!
sekarang barulha boleh update blog lelama and sesuki hati
sebab PMR pun dah tamat
lega rasanya
seharapnya keputusannya berbaloi dengan segala usaha yang saya dah buat
banyak sesangat benda dah terjadi sepanjang tak menulis kat blog nie
yang paling best mestilah lawatan ke Morib(selangor)
untuk kem bahasa arab
best sangat
yelha sebab boleh pakai tudung bidang je
hehehe
beselha kalo students agama...
Oops!perlu ke cakap macam tu???
anyway best lha kat sana
saya nie sangat lha fobia dengan ketinggian
tapi dengan kuasa Tuhan yang Maha Hebat
saya berjaya melepasi semua halangan untuk high rope dan flying fox
tak boleh lupe macam mana perasaan masa 
merentas titi buaian tu
eeee
menangis lha dibuatnya
takut sangat tak terkira masa tu saya cuma fikir tak nak jatuh je 
masa tulah nak sebut2 nama allah berkali kali
alhamdulillah....
saya kuat juga
ingatkan saya lha orang yang paling  teruk masa high rope tu
rupe rupenye kawan saya yang sorang nie lagi teruk 
dari mula sampai habis menangis je kejenye
oh....malam tu kitorang meredah lak paya bakau
fuh!!! satu lagi kejayaan yang sangat patut dibanggakan
bau paya bakau tu tak payah lha tanya ya
seluar track tu da dua kali basuk tak nak juga hilang baunya
masa mula masuk lumpur tu takut sangat
tapi secara tetibe je ade dengar bunyi cam kentut tau
bukan orang kentut tapi bunyi lumpur tu
(masa orang tengah berjalan ade bunyi kentut sebab nak tarik kaki keluar dari lumpur)
hmm
tak tahulha nak explain camne bagi korang sume faham...
pape je lha yang pastinya
ade bunyi kentut
hehehe kelakar sangat bile teringat balik
pastu banyak kali lha bertembung dengan Orang tuu...
ish Mun nie gedik lak
ahak!sorrie sorrie
malangnya saya tak bawak kamera lak 
so tak de lha gambar untuk tatapan 
okeyh sampai sini jelah yang mampu saya tulis buat bacaan korang sume
okeyh bhai bhai




Hari KST (mencari bahan kst f3?)


Assalamualaikum semua..
hari nie baru je balik dari ostel tapi yang sedeh nye esok dah kena balik..
sengsaranya
taksempat nak melepak dgn family dah kena balik ostel
dah lha kena duduk sebulan tak balik2
ha!
baru teringat kat kwn sy yang baru je jalani operation hari tu
moga2 cepat sehat ea
hari nie penat sgt sebab mencari bahan2 untuk KST
KST tu ape?
ha...buat yang f3 skang nie tahu lha KST tu ape
KST tu maknenye Kajian Sejarah Tempatan
hu penat
sy buat KST dekat Kilang Bahulu Sodap
kat paroi tue...
Makci yang kerja kat situ sumenye sporting baek lak tu
dorang bg kitorang makan bahulu percuma!
sedap!
baru je keluar dr oven
Yum Yum
budak putera 3k lak wat kat mane??
oh baru teringat hari rabu hari tue terjadi gempa bumi kat aceh berukuran 8.5 hektar kan
masya Allah
moga2 kita terselamat dr bencana seperti itu
Amin
dengar cerita georgetown pon kena tempiasnye
risau dgn nenek dan pakcik sy yang tinggal kat area penang tue
sy doakan sumenye selamat amin
mlm hari rabu di ostel memang kecoh
ade dorm yang buat bacaan yassin
sy n the geng + Untitled lak sibuk tanye bdk outsider ttg perkembangan terbaru gempa
hmm
pelbagai ujian y dihadapai oleh sahabat2 sy
terutamanya yang tinggal kat area PD
y seotai2nye pon nangis 
sabarnye
hmm
mungkin sini jelha mampu ditaip keypad nie
sampai sini dulu
pasal cerpen n novel insya allah akan disambung lepas PMR
skang nie sebuk menstudy
doakan sy ya
Farhah~my fren with ice cream


bersungguh mkn ice cream

dekat kilang bahulu sodap
tengah makan bahulu percuma!!
assalamualaikum

Style style tali kasut yang cantik

assalamualaikum semua
gourgous2 sekalian(entah betul ke ta ejaan nie ta tau la)
ok hari nie mr G na tunjuk kan beberapa style tali kasut y mr G rase cantik n stylo
bg pandangan mr G lah ta tau la korang sume kate ape
nie la y mr G sempat snap2 dr google 






tada!!siap pun
ha kalo y nampak lagi stylo
bole la try2 ikatan tali kasut nie mane lah tahu kan
ok2
time up mr G need to go na melayan facebook pula
assalamualaikum

Stress Out!! omg

assalamualaikum...hm..baru nak start taip tetibe ujan lak 
tp ta pe....proses peluahan hati tetap akn diteruskan juga
sekarang nie mr G na cite pasal frenship mr G ...dr dulu sampai sekarang mr G ta tau
nape sume kwn2 mr G susah nak menerima mr G seadanya(sbb mr G ensem sgt kut)kerek je
tapi bile mr G tanye kwn y lelaki dorang ckp mr G nie baek n ta menension kan kepala otak
mcm owg kat bawah nie
tp owg nie tension sbb blaja ta pe 
skang nie mr G tension sbb kwn...hurm...kekadang mr G rase cam down sgt bile
kwn2 puteri ta endah an mr G
hurm...what should i do?mr G da buntu sesangat
na mengadu dkt kwn mr G y comel sgt tu kesian plak dye ...betul ta Nur Rasyidah??
ta un Mardierra Che Omar or Yasmin Syamimi
amboi..habis semua kwn mr G na sebut
hurm...lantak r mls na pkir(mule la jd keras blk)
tapi mr G ade satu soalan emas nie
mcm mane kite na lupe an orang y kite suke 
tp in the same time kite na jd an dye kwn??
pelik an ayt nie(dah lah abaikan je soalan emas kat atas)
maklumlah org emosi ta stabil nie mmg sll merepek
smlm mr G hampir2 je nangis dkt kwn lelaki mr G(uih malu seyh..jth martabat)
tp cepat2 mr G lap air mata y dah mule bertakung tu
fuh naseb baek kalo ta malu je...susyah na gi skola nn
anyway...ta pe nn kwn lelaki mr G tu akn bg solution kpd masalah nie
n disamping ue mr G un akn pkir skali cam ne na selesai an masalah nie
(dr dulu sampai skarang ta selesai2 masalah nie)
ok...sampai sini saje kut y mr G na taip
hehe...FIRST time semangat update blog entah la nape sejak akhir2 nie
rajin sgt tgn nie nak mengupdate belog
ok ok..
mr G nie asyik membebel je kate na stop taip
ops ops sorie sume...
tau tu da bosan bace mr G punye bebelan ok
mr G blk umah fb dulu ta
assalamualaikum ya




A Story of A Speechless Girl:Episod 1 Part 2

Jannah kan ada.Biarlah Diyana berbual dengan Jannah dulu.Jannah kan lagi penting dari aku,”Hati aku berbisik jahat.Aku menggelengkan kepala.Terus aku beristighfar.Jahat betul hati aku mengutuk.Sekali lagi mata aku mengerling ke arah jam yang digantung di atas pintu bilik prep.Lima minit sudah berlalu.
          “Aen.Kenapa dengan kau ni?Macam tak tenang je”Sakinah menegur aku.Lain-lain pun ikut sama melihat aku.”Tak ada apa-apa lah,”Aku berdalih.Aku terasa berat untuk meninggalkan ‘halaqah’ yang sedang rancak berbual.Lebih-lebih lagi dengan topik yang sangat menarik hati.Hati aku dalam dilema kini.
          “Aku dalam dilema ni.” “Kenapa?Apa yang dilemanya?”Julia bertanya.Gadis itu memang suka mengambil berat.
          “Tak ada apa-apalah.Huhu...aku merepek je tadi.”
“Kau ni...malas je Aen,”
          Hati aku terus saja melawan padahal kenyataannya aku sangat ingin untuk menemui Diyana.Namun aku ego.Ego dengan diri sendiri.
Segalanya cukup menekan emosi aku.Keesokan harinya,aku masih lagi teringat kata-kata Diyana.Ok.Aku mahukan sehelai tisu sekarang.”Kau datang ke semalam?”Aku teragak-agak.Menipu atau kata saja yang benar.”Tak,aku tak datang semalam,”Akhirnya.Aku terpaksa juga kata yang benar.”Aku dah agak.Kau memang takkan datang,”Ok.Sekarang aku marah.Mana aku tahu kau berharap dengan kehadiran.Persahabatan memang menyakitkan hati.Selama ini aku tidak pernah pula tahu Diyana menghargai aku.Tidak pernah sama sekali.Sekarang tidak lagi dan aku pula tidak tahu.
          Aku memang terasa diri ini orang yang paling bodoh di dunia.Kenapalah aku tak pergi saja semalam.Yalah.Aku bukan orang yang penting bagi Diyana dan sekarang aku menyesal.Namun,apa aku boleh buat sekarang.Aku hanya mampu melihat Diyana pergi,menyertai gengnya.Huh....aku memang sentiasa mengecewakan semua orang.Mungkin betul juga kata Diyana dulu.”Kau memang spoiled”.
Tapi apa pun aku tidak boleh apa-apa.Semua sudah terjadi dan hanya mampu untuk menerima saja seadanya.
          “Aen!”Julia menyergah aku.Baru aku sedar.Julia memang suka menyinarkan kembali hari aku.Julia....tinggal setahun saja lagi dan aku mungkin akan kehilangan kau.Aku juga mungkin kehilangan Diyana.Kehilangan memang menyakitkan.
          “Julia....kenapalah aku ikut cakap hati aku?Kalaulah aku ikut cakap kau semalam kan bagus,” “Kenapa?”
          “Hm...biasalah.Diyana lagi...”
“Oh....biarlah Aen.Aku tahu dan pasti Diyana akan tersedar juga.Kau pun penting juga bagi dia tapi kalau kau tak penting bagi Diyana.Kau penting bagi aku,” Aku cuma tersenyum tawar.Julia hanya mengambil hati aku.Bukannya mengatakan ikhlas dari hatinya.
          “Dahlah...jangan nak sedih-sedih sekarang.Hari masih lagi panjang,”
          “Hm..betul tu.Hari masih panjang!”




         

A Story of A Speechless Girl:Episod 1 Part 1

Aku baru sedar sekarang yang aku bukan lagi seorang kanak-kanak yang sedang bermain anak patung.Kini,umur aku mencecah lima belas tahun.Semua orang kenal aku dengan panggilan ‘Aen’ tapi nama aku yang sebenarnya Sarah Nur Ain.Ini kisah kehidupan aku ketika aku berumur lima belas tahun dan aku sedang beljar mengenal apa itu kehidupan.
          “Hahaha...”Julia ketawa besar.Ruang bilik prep itu bergema dengan gelak tawa rakan-rakan aku.Aku hanya melihat mereka dengan penuh tanda tanya.”Kenapa korang semua gelak?Ini bukan cerita tipu eh,”Namun,tiada siapa yang mendengar.Lawak yang aku ceritakan tadi amat memberi kesan kepada mereka.Biarlah.Hati aku pun cukup gembira melihat mereka semua ketawa.Aku tersenyum juga.
          “Aen....jumpa aku dekat bilik tv tau.Aku ada dekat sana,”Diyana menegur aku.Aku tersenyum namun tidak memberi sebarang jawapan atau reaksi.Seseorang yang aku cemburui berada bersamanya.Cemburu bukan kerana aku benci tetapi dia cukup bertuah kerana rapat dengan Diyana.Namanya Jannah.Kaya tetapi sangat memilih dalam berkawan.
         
          “Ok,”Aku memaksa diri aku untuk memberi jawapan akhirnya.Sukar sekali.Hati aku sedikit perit.Ah,biarkan saja.Jannah dengan Diyana memang rapat sejak dari tahun lepas lagi.Namun,hati aku tetap juga enggan menerima kenyataan itu.
          Aku memerhati saja Diyana melangkah meninggalkan bilik prep diikuti Jannah dibelakangnya.Huh.Hati aku sekali lagi mengeluh.Diyana memang sudah lama tidak menegur aku.Tapi aku juga sudah lama tidak menegurnya.Ah!Sebenarnya dua-dua yang bersalah.Hati aku bermain dengan kata-kata.
          “Hoi!Kau termenung apa tu Aen?”Paha aku menahan kesakitan akibat ditepuk oleh Julia.Aku mengaduh.Sehari Julia tidak menyakat aku memang tidak sah.Julia tersengih.
          “Kau ni.Sehari tak kacau aku memang tak sah hari kau kan?”.”Memang pun.Kau ni macam tak kenal aku saja.Hahaa...”Aku tersenyum sinis.Biarlah.
          Jarum jam menunjuk ke arah nombor dua belas setengah malam.Aku harus menemui Diyana setengah jam yang lalu tapi entah mengapa hati aku terus-menerus melawan kehendak diri.

Diari seorang Pemimpin

“Hari ini kita ada mesyuarat tergempar.Selepas solat baadiah Isya’ semua wajib ada di musolla ini faham?Ingat,kehadiran diwajibkan,”
          Keluhan kedengaran.Aen mengeluh.Mesyuarat Kp dan Badar.Baginya ia sangat membuang masa dan tak memberi manfaat kepadanya.Masa terbuang,mata pun mengantuk,latihan sekolah pun tak boleh nak buat.
          “Aen,kau tunggu aku tau.Nanti kita pergi sama-sama ok?Kau jangan buat-buat lupa pula.Kau memang tak gemar mesyuarat-mesyuarat ni.Aku tahu tu,”Rasyidah mengingatkan sambil menundingkan jari telujuknya tanda amaran.
          Aen tersenyum sinis. “Aku tahu lah.Tak payah nak cakap orang lah,”
Masa berlalu begitu pantas.Masa memang tidak sudi untuk menunggu orang yang terus leka dengan urusan yang ternyata tidak penting.Musolla terus saja dimasuki oleh pemimpin-pemimpin sekolah yang amanah menjalankan tugasnya.
          Mesyuarat dimulakan.Topik demi topik dibincangkan.Pelbagai idea dilontarkan.Ada yang diterima namun banyak yang ditolak oleh kerana idea itu tidak berapa bernas.Saat demi saat berlalu.Satu jam lamanya mesyuarat itu akhirnya tamat dengan satu konklusi yang ringkas dan akan dilaksanakan oleh pihak yang sepatutnya.
          “Shida...aku mengantuklah.”Aen merungut.Rasyidah menggeleng saja.Dirinya memang sudah maklum dengan perangai Aen.Sarah Nur Aen,pemimpin yang paling otai bak kata murid biasa.Pelajar-pelajar target itu rakan-rakannya.Kebanyakan kenalannya ialah pelajar yang otai atau berfikiran terbuka.Senang untuk difahamkan,pelajar-pelajar yang liat mengikut peraturan sekolah  dan asrama.
          Bila rakannya membuat salah,Aen lah yang mengaburi salah laku mereka.Aen pemimpin yang disayangi kerana sifatnya yang langsung tidak tegas dalam hal-hal peraturan sekolah.
          “Shida,kau rasa aku ni memang jahat sangat ke?Maksud aku...aku ni pemimpin yang tak amanah ke?”Tiba-tiba saja soalan itu terpancul dari mulut Aen.
          Rasyidah terdiam seketika.Wajah Aen direnungnya kemudian tersenyum. “Aen...kau bukannya tak boleh jadi pemimpin cuma...kau perlukan sedikit masa untuk berubah.Berubah menjadi pemimpin yang lebih baik,”Rasyidah meluahkan isi hatinya.
          Aen merenung dalam-dalam mata sahabat yang sangat disenanginya itu.Fikirannya berlayar seketika,kembali ke masa dahulu.Memori sebulan yang lalu kembali bermain di mindanya.Kem Kempimpinan yang dihadirinya cukup merubahnya menjadi seorang pemimpin yang baik tetapi hanya bertahan selama seminggu saja.
          ‘Jawatan sebagai pemimpin adalah amanah dari Allah dan yang memilih kamu sebagai pengawas bukan guru disiplin tetapi Allah.Allah yang menentukan kamu sebagai seorang pemimpin’.
          Kata-kata seorang motivator bergema di telinganya. “Kenapa kau tanya macam tu Aen?”.Aen tersedar kembali ke alam nyata.Rasyidah meminta kepastian.Tidak pernah Aen bertanya soalan seperti itu.Aen cuma tersenyum. “Bila-bila masa saja kita boleh tersedar dari kesilapan,”
          Waktu berlari dan kita terus berusaha mengejarnya agar kita tidak ketinggalan di belakang.Minggu terakhir bulan Januari,acara Merentas Desa diadakan.Tudung labuh yang dipotong pendek separas dada kelihatan.Stokin pendek berwarna-warni yang begitu menarik hati dan baju sukan yang pendek paras punggung menjadi pilihan pelajar puteri.
          Aen....sudah tentu kelihatan seperti mereka cuma kelihatan lebih ‘baik’ sedikit.Gelang wayar telefon kelihatan di pergelangan tangannya.Tudung labuh yang dipotong pendek sudah tentu.Niatnya cuma satu. ‘Aku nak jadi murid biasa kembali!’ .Jiwanya sudah tawar dengan kerja-kerja kepimpinan.Hatinya bosan dan ingin melayari hari-hari persekolahan sebagai murid biasa!
          “Cantik gelang kau Aen,”satu suara yang sudah lama tidak ditegurnya.Hatinya terus saja ditembak peluru-peluru sindiran.Bagai ada petir yang menyambar dirinya ketika itu.Hatinya pedih disimbah kata-kata pedas sahabatnya yang seorang itu.Naili itulah nama sahabatnya.
           Sebuah senyuman terukir di raut wajah ayu Naili.Dia merenung mata Aen seolah-olah memerlinya.Aen berteka-teki dengan dirinya sendiri.Apakah itu satu pujian atau satu penghinaan kepada dirinya.Senyuman dilemparkan kembali.Masing-masing tersenyum dengan seribu satu rahsia yang sukar untuk ditafsir ertinya.
          “Kau perli aku ke...puji?”ingin saja Aen membalas kembali kata-kata Naili tetapi entah mengapa tidak mampu diluahkan dari  mulutnya.Cukuplah dia menganggap itu sebagai satu teguran.Saat itu ingin saja air matanya mengalir dari tubir kelopak matanya tetapi dia mengingatkan kembali dirinya. ‘Aku bukan cenggeng.Jangan mudah berkecil hati,Aen!’
          Dilihat saja Naili pergi meninggalkan dirinya.Aen tersedar kembali.Ah,usah dilayan sangat emosi.Takut menangis pula nanti.Aen sedar dia dan Naili bukan lagi sahabat baik seperti dulu.Kini,sahabatnya yang seorang itu bukan lagi pendengarnya.Bukan lagi penyokongnya.Bukan lagi pemberi motivasinya untuk terus berdiri di muka bumi tarbiyah ini.
          Gelang wayar telefon itu terus saja ditanggalkan dari pergelangan tangan kirinya dan terus saja disimpan didalam poket seluar sukan.Lipatan baju sukan diturunkan.Hatinya masih lagi pedih dengan sindiran Naili .Kenangan persahabatannya bersama Naili terus-menerus menusuk kalbunya.Gadis itu banyak mengajarnya erti kehidupan.Namun apakan dayanya.Aen bukannya Tuhan yang menentukan segalanya.Manusia senang berubah.Begitu juga dirinya dan Naili.Masing-masing membawa hala tuju sendiri.
          Not-not musik kehidupan mesti terus dimainkan.Aen berusaha menguatkan dirinya tanpa sahabat yang betul-betul bererti baginya.Dirinya terus meredah arus kehidupan yang deras dan mencabar kekuatannya.Namun akhirnya dia jatuh dan mengalah,terus saja berputus asa.Aen nekad.9A PMR bererti tahun hadapan dia masih lagi memegang jawatan sebagai seorang pengawas.Namun jika 7A yang dimilikinya senanglah hidupnya.Pasti saja surat letak jawatan diserahkan dan baju putih disarungnya kembali.
          Kini,Aen hanya menunggu masa.Menunggu dan terus menunggu.Tetapi masa tiba-tiba saja lambat berjalan seolah-olah enggan membenarkan Aen untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada dirinya.
          Disaat dia hampir mengetahui rahsia keesokan hari.Aen mula sedar dari kesilapannya.Dia sedar dan menyesali semua tindakan yang dia lakukan dulu.Tidak pula dia merenung sejenak hikmah disebalik dugaan hidupnya.Terima kasih kepada sahabatnya yang dulu rmelupakannya kini kembali dan menyedarkannya.
          Aen mula mengorak langkah.Tahun ini dia yakin bahawa dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari tahun-tahun yang  lepas.Dan dengan adanya sahabat-sahabat yang begitu memberi erti kepadanya Aen lebih bersemangat untuk menjalani hari-hari seterusnya.Blazer kepimpinannya juga tidak lagi tergantung didalam loker tetapi sentiasa disarungkan dihatinya.
          Terima kasih Tuhan kerana memberiku nur hidayah-Mu.Terima kasih juga sahabat kerana menyokongku selama ini....