Aku baru sedar sekarang yang aku bukan lagi seorang kanak-kanak yang sedang bermain anak patung.Kini,umur aku mencecah lima belas tahun.Semua orang kenal aku dengan panggilan ‘Aen’ tapi nama aku yang sebenarnya Sarah Nur Ain.Ini kisah kehidupan aku ketika aku berumur lima belas tahun dan aku sedang beljar mengenal apa itu kehidupan.
“Hahaha...”Julia ketawa besar.Ruang bilik prep itu bergema dengan gelak tawa rakan-rakan aku.Aku hanya melihat mereka dengan penuh tanda tanya.”Kenapa korang semua gelak?Ini bukan cerita tipu eh,”Namun,tiada siapa yang mendengar.Lawak yang aku ceritakan tadi amat memberi kesan kepada mereka.Biarlah.Hati aku pun cukup gembira melihat mereka semua ketawa.Aku tersenyum juga.
“Aen....jumpa aku dekat bilik tv tau.Aku ada dekat sana,”Diyana menegur aku.Aku tersenyum namun tidak memberi sebarang jawapan atau reaksi.Seseorang yang aku cemburui berada bersamanya.Cemburu bukan kerana aku benci tetapi dia cukup bertuah kerana rapat dengan Diyana.Namanya Jannah.Kaya tetapi sangat memilih dalam berkawan.
“Ok,”Aku memaksa diri aku untuk memberi jawapan akhirnya.Sukar sekali.Hati aku sedikit perit.Ah,biarkan saja.Jannah dengan Diyana memang rapat sejak dari tahun lepas lagi.Namun,hati aku tetap juga enggan menerima kenyataan itu.
Aku memerhati saja Diyana melangkah meninggalkan bilik prep diikuti Jannah dibelakangnya.Huh.Hati aku sekali lagi mengeluh.Diyana memang sudah lama tidak menegur aku.Tapi aku juga sudah lama tidak menegurnya.Ah!Sebenarnya dua-dua yang bersalah.Hati aku bermain dengan kata-kata.
“Hoi!Kau termenung apa tu Aen?”Paha aku menahan kesakitan akibat ditepuk oleh Julia.Aku mengaduh.Sehari Julia tidak menyakat aku memang tidak sah.Julia tersengih.
“Kau ni.Sehari tak kacau aku memang tak sah hari kau kan?”.”Memang pun.Kau ni macam tak kenal aku saja.Hahaa...”Aku tersenyum sinis.Biarlah.
Jarum jam menunjuk ke arah nombor dua belas setengah malam.Aku harus menemui Diyana setengah jam yang lalu tapi entah mengapa hati aku terus-menerus melawan kehendak diri.


No comments:
Post a Comment