button follow

Diari seorang Pemimpin

“Hari ini kita ada mesyuarat tergempar.Selepas solat baadiah Isya’ semua wajib ada di musolla ini faham?Ingat,kehadiran diwajibkan,”
          Keluhan kedengaran.Aen mengeluh.Mesyuarat Kp dan Badar.Baginya ia sangat membuang masa dan tak memberi manfaat kepadanya.Masa terbuang,mata pun mengantuk,latihan sekolah pun tak boleh nak buat.
          “Aen,kau tunggu aku tau.Nanti kita pergi sama-sama ok?Kau jangan buat-buat lupa pula.Kau memang tak gemar mesyuarat-mesyuarat ni.Aku tahu tu,”Rasyidah mengingatkan sambil menundingkan jari telujuknya tanda amaran.
          Aen tersenyum sinis. “Aku tahu lah.Tak payah nak cakap orang lah,”
Masa berlalu begitu pantas.Masa memang tidak sudi untuk menunggu orang yang terus leka dengan urusan yang ternyata tidak penting.Musolla terus saja dimasuki oleh pemimpin-pemimpin sekolah yang amanah menjalankan tugasnya.
          Mesyuarat dimulakan.Topik demi topik dibincangkan.Pelbagai idea dilontarkan.Ada yang diterima namun banyak yang ditolak oleh kerana idea itu tidak berapa bernas.Saat demi saat berlalu.Satu jam lamanya mesyuarat itu akhirnya tamat dengan satu konklusi yang ringkas dan akan dilaksanakan oleh pihak yang sepatutnya.
          “Shida...aku mengantuklah.”Aen merungut.Rasyidah menggeleng saja.Dirinya memang sudah maklum dengan perangai Aen.Sarah Nur Aen,pemimpin yang paling otai bak kata murid biasa.Pelajar-pelajar target itu rakan-rakannya.Kebanyakan kenalannya ialah pelajar yang otai atau berfikiran terbuka.Senang untuk difahamkan,pelajar-pelajar yang liat mengikut peraturan sekolah  dan asrama.
          Bila rakannya membuat salah,Aen lah yang mengaburi salah laku mereka.Aen pemimpin yang disayangi kerana sifatnya yang langsung tidak tegas dalam hal-hal peraturan sekolah.
          “Shida,kau rasa aku ni memang jahat sangat ke?Maksud aku...aku ni pemimpin yang tak amanah ke?”Tiba-tiba saja soalan itu terpancul dari mulut Aen.
          Rasyidah terdiam seketika.Wajah Aen direnungnya kemudian tersenyum. “Aen...kau bukannya tak boleh jadi pemimpin cuma...kau perlukan sedikit masa untuk berubah.Berubah menjadi pemimpin yang lebih baik,”Rasyidah meluahkan isi hatinya.
          Aen merenung dalam-dalam mata sahabat yang sangat disenanginya itu.Fikirannya berlayar seketika,kembali ke masa dahulu.Memori sebulan yang lalu kembali bermain di mindanya.Kem Kempimpinan yang dihadirinya cukup merubahnya menjadi seorang pemimpin yang baik tetapi hanya bertahan selama seminggu saja.
          ‘Jawatan sebagai pemimpin adalah amanah dari Allah dan yang memilih kamu sebagai pengawas bukan guru disiplin tetapi Allah.Allah yang menentukan kamu sebagai seorang pemimpin’.
          Kata-kata seorang motivator bergema di telinganya. “Kenapa kau tanya macam tu Aen?”.Aen tersedar kembali ke alam nyata.Rasyidah meminta kepastian.Tidak pernah Aen bertanya soalan seperti itu.Aen cuma tersenyum. “Bila-bila masa saja kita boleh tersedar dari kesilapan,”
          Waktu berlari dan kita terus berusaha mengejarnya agar kita tidak ketinggalan di belakang.Minggu terakhir bulan Januari,acara Merentas Desa diadakan.Tudung labuh yang dipotong pendek separas dada kelihatan.Stokin pendek berwarna-warni yang begitu menarik hati dan baju sukan yang pendek paras punggung menjadi pilihan pelajar puteri.
          Aen....sudah tentu kelihatan seperti mereka cuma kelihatan lebih ‘baik’ sedikit.Gelang wayar telefon kelihatan di pergelangan tangannya.Tudung labuh yang dipotong pendek sudah tentu.Niatnya cuma satu. ‘Aku nak jadi murid biasa kembali!’ .Jiwanya sudah tawar dengan kerja-kerja kepimpinan.Hatinya bosan dan ingin melayari hari-hari persekolahan sebagai murid biasa!
          “Cantik gelang kau Aen,”satu suara yang sudah lama tidak ditegurnya.Hatinya terus saja ditembak peluru-peluru sindiran.Bagai ada petir yang menyambar dirinya ketika itu.Hatinya pedih disimbah kata-kata pedas sahabatnya yang seorang itu.Naili itulah nama sahabatnya.
           Sebuah senyuman terukir di raut wajah ayu Naili.Dia merenung mata Aen seolah-olah memerlinya.Aen berteka-teki dengan dirinya sendiri.Apakah itu satu pujian atau satu penghinaan kepada dirinya.Senyuman dilemparkan kembali.Masing-masing tersenyum dengan seribu satu rahsia yang sukar untuk ditafsir ertinya.
          “Kau perli aku ke...puji?”ingin saja Aen membalas kembali kata-kata Naili tetapi entah mengapa tidak mampu diluahkan dari  mulutnya.Cukuplah dia menganggap itu sebagai satu teguran.Saat itu ingin saja air matanya mengalir dari tubir kelopak matanya tetapi dia mengingatkan kembali dirinya. ‘Aku bukan cenggeng.Jangan mudah berkecil hati,Aen!’
          Dilihat saja Naili pergi meninggalkan dirinya.Aen tersedar kembali.Ah,usah dilayan sangat emosi.Takut menangis pula nanti.Aen sedar dia dan Naili bukan lagi sahabat baik seperti dulu.Kini,sahabatnya yang seorang itu bukan lagi pendengarnya.Bukan lagi penyokongnya.Bukan lagi pemberi motivasinya untuk terus berdiri di muka bumi tarbiyah ini.
          Gelang wayar telefon itu terus saja ditanggalkan dari pergelangan tangan kirinya dan terus saja disimpan didalam poket seluar sukan.Lipatan baju sukan diturunkan.Hatinya masih lagi pedih dengan sindiran Naili .Kenangan persahabatannya bersama Naili terus-menerus menusuk kalbunya.Gadis itu banyak mengajarnya erti kehidupan.Namun apakan dayanya.Aen bukannya Tuhan yang menentukan segalanya.Manusia senang berubah.Begitu juga dirinya dan Naili.Masing-masing membawa hala tuju sendiri.
          Not-not musik kehidupan mesti terus dimainkan.Aen berusaha menguatkan dirinya tanpa sahabat yang betul-betul bererti baginya.Dirinya terus meredah arus kehidupan yang deras dan mencabar kekuatannya.Namun akhirnya dia jatuh dan mengalah,terus saja berputus asa.Aen nekad.9A PMR bererti tahun hadapan dia masih lagi memegang jawatan sebagai seorang pengawas.Namun jika 7A yang dimilikinya senanglah hidupnya.Pasti saja surat letak jawatan diserahkan dan baju putih disarungnya kembali.
          Kini,Aen hanya menunggu masa.Menunggu dan terus menunggu.Tetapi masa tiba-tiba saja lambat berjalan seolah-olah enggan membenarkan Aen untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada dirinya.
          Disaat dia hampir mengetahui rahsia keesokan hari.Aen mula sedar dari kesilapannya.Dia sedar dan menyesali semua tindakan yang dia lakukan dulu.Tidak pula dia merenung sejenak hikmah disebalik dugaan hidupnya.Terima kasih kepada sahabatnya yang dulu rmelupakannya kini kembali dan menyedarkannya.
          Aen mula mengorak langkah.Tahun ini dia yakin bahawa dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari tahun-tahun yang  lepas.Dan dengan adanya sahabat-sahabat yang begitu memberi erti kepadanya Aen lebih bersemangat untuk menjalani hari-hari seterusnya.Blazer kepimpinannya juga tidak lagi tergantung didalam loker tetapi sentiasa disarungkan dihatinya.
          Terima kasih Tuhan kerana memberiku nur hidayah-Mu.Terima kasih juga sahabat kerana menyokongku selama ini....
          

No comments:

Post a Comment