button follow

Its Teacher Day !

Hey hey
ops lupa nak bagi salam.ehem...
Assalamualaikum semua.Dah tengok Shidaa Ohsem post pasal hari guru http://shidaabdullah.blogspot.com/2013/05/stj-stagram-teachers-day-3-part-oneeee.html
(ehem.saja menjaja publisiti budak ni)
saya pun na post juga pasal hari guru di sekolah saya.

Hari Sabtu dah start sketch di board.Sangat penat.Tapi memang seronoklah even terkejar-kejar nak beli barang yang tak cukup.haha ni dialog kitorang nak minta outing dekat warden.masa tu memang sangat sangat sangat terdesak nak outing!

Warden:(tiba-tiba je memunculkan diri dari balik tabir)ehem macam mana persediaan??ok?
Kitorang:Gulp!(sengih-sengih)
Warden:Saya tanya ni.Kenapa senyap je.
Kitorang:(still sengih sengih)
Warden:Ya Allah!
Saya:Cikgu!Kitorang nak minta cikgu hantarkan kitorang pergi Fresco boleh tak?
Warden:Hah!Tak ada masa saya nak hantar kamu semua.Tak boleh!
Kitorang:Tapi cikgu ni emergency.Kalau tak ada barang nie tak jadi board yang kitorang nak buat nie.
Warden:(Muke stress je)Ha.Yalah.List down apa nak beli then baru jumpa saya 

Alhamdulillah.Nasib baik warden na tolong.Hehe asalnya memang kitorang nak redah je keluar sekolah.Peduli apa.Tapi bila  difikirkan balik....tak berani pula.

Then bertukang punya bertukang.Siaplah juga board aka dewan kami ni
Inilah hasilnya.jajajajjajaja
????












ok...sampai sini saja.sambung part 2 untuk pentomen form 5 :D
daa

Kamulah Pencuri Itu part5

“Aku dah tahu.Tak perlulah kau jelaskan semuanya.Semuanya sudah jelas bagi aku,”
           

Hafizah mematikan telefon.Dia berjalan meninggalkan Hadi.Hatinya berharap

agar lelaki itu mengejarnya seperti dalam drama Korea.Namun,lelaki itu hanya

melihatnya pergi,langsung tidak mengejarnya apatah lagi memanggil namanya.

“Hafizah!”Akhirnya Hadi memanggilnya.Gadis itu tersenyum lalu memalingkan

mukanya

“Ini semua barang kepunyaan kau yang aku curi dulu,”Hafizah mencebik.

‘Ingatkan nak cakap dia suka aku.Huh,’
 


            Hafizah mengayuh basikalnya mengelilingi tasik.Sudah sejam dia berada di

taman tasik itu.Fikirannya sudah serabut jadi biarlah dia menenangkan fikirannya

dengan berbasikal.
21
“Hafizah!!!”gadis itu menoleh.Dia seolah-olah terdengar ada orang memanggil

namanya.Namun,tidak kelihatan pula siapa yang memanggilnya.Dia mengangkat

bahunya,beranggapan suara itu hanyalah bayangannya.
           
“Hafizah!!”sebuah basikal pantas menuju ke arahnya.Hafizah menjerit namun

tidak dapat menghalang basikal itu dari terus melanggarnya.Gadis itu

terjatuh.Basikalnnya tercampak ke dalam tasik.Penunggang basikal yang

melanggarnya juga terjatuh di sebelahnya.
           
“Hei,mata kau letak dekat mana?!”Hafizah menjerit marah.Manakan

tidak.Lututnya sudah berdarah.

“Maaf makcik.Maaf saya tak nampak tadi,”lelaki itu tersengih.
           
“Kau!Hadi!!!”Hafizah membuntangkan matanya.
           
“Maaflah.Aku tak sengaja.Aku panggil kau tapi kau tak dengar pula.Ingatkan nak

22
pintas kau tapi dah berlanggar pula,”
           
“Kau nampak tak lutut aku dah berdarah.Basikal aku pula jatuh dalam tasik.Kau

memang menyusahkan aku!”
           
“Maaflah.Sebenarnya aku ada perkara nak cakap dengan kau ni,”
           
“Ish,tak ada masa dah ke nak cakap?”

“Tak ada masa lain lagi.Malam semalam selepas aku jumpa kau.Aku yakin.Aku

yakin kaulah orangnya,”
           
“Aku?Kenapa dengan aku?”
           
“Aku yakin yang aku sudah jatuh hati pada gadis yang baru aku langgar tadi,”
           
Hafizah tercenggang.Hadi pula tersenyum.Hamizah baru saja muncul di sebalik

pokok.Ibu Hadi pula mengekori Hamizah dengan senyuman di wajahnya.
           
“Abang Hadi,”gadis yang Hafizah ekori semalam tersenyum mesra lalu

23
menunjukkan ibu jarinya tanda bagus.
           
“Wahai Cik Hafizah binti Abu Sufian.Sudikah awak mengahwini saya?”






















24