Dia akhrinya nekad
untuk mengangkat panggilan telefon itu.Perlahan-lahan dia
menghampiri katil
lalu membuka pesanan ringkas yang diterimanya.Tertera di skrin itu
nombor lapan.Saat itu
juga petir menyambar.Saat itu juga gadis itu berbaring dibawah
selimut lalu terus
tidur dalam ketakutan.
Hafizah mendapatkan Hadi sejurus
saja tamat kuliah.Entah mengapa lelaki itu
yang dicari sebagai
tempat mengadu.Dahulu teman serumahnya sebagai teman kini
Hadi pula sebagai
pengganti.Mungkin kerana dia lebih selesa bercerita kepada kerana
dahulu mereka pernah
belajar di sekolah yang sama.Dia juga tidak lupa menunjukkan
sampul surat yang
diterimanya kepada Hadi dan saat itu juga air muka lelaki itu
berubah.
“Tiada nama pengirim atau lain-lain petunjuk ke?”Hafizah menggeleng
kepalanya.
6
“Hm..tak apalah.Nanti kalau
kau dapat petunjuk cepat-cepat beritahu aku
ya?”Hadi mengingatkan.Lelaki itu sempat juga
menghadiahkan sekuntum
senyuman yang mampu mencairkan hati.
“Ish..apa pula yang hilang
kali ini,”Hafizah merungut sambil menyelongkar beg
galasnya.Perasaan risau mula menerjah diri.Tidak mungkin
jam pemberian ibunya
dicuri orang.Jam itu hampir bernilai RM 1000.Manakan
tidak, jam import edisi terhad
dari Itali.Dia terdiam sebentar sebelum mengeluarkan
sepucuk surat dari begnya.Sekali
lagi dia menerima
surat yang aneh.Segera dia membaca isi kandungannya.Tiada apa
kecuali nombor satu
tulisan tangan tercoret diatas kertas itu.Hafizah terus saja melipat
surat itu dan
menyimpannya di dalam laci.Nombor telefon Hadi segera
dihubungi.Kerisauan
didalam hati juga mula menguasai diri.
7
“Nombor yang anda dail tidak dapat
dihubungi,”Hafizah mencuba sekali
lagi.Namun,hasilnya
tetap sama.Saat itu juga bekalan eletrik rumahnya
terputus.Hafizah
menjerit ketakutan.Sejak kecil lagi dia takut akan gelapnya malam.Air
mata mula membasahi
pipi.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring.Hadi
menelefonnya.Pantas
dia menjawab panggil itu.
“Hadi!Aku takut.Bekalan eletrik rumah aku tiba-tiba saja
terputus,”Hafizah
separuh menjerit.Dia
berasa sedikit lega.
“Ok.Tak mengapa.Jangan panik.Cuba hidupkan suis utama,”
“Tak boleh.Aku tak berani.Aku takut gelap.Mizah pula tiada di
rumah....macam
mana ni Hadi?”
8
“Kau tak boleh macam ni.Kau kena berani.Cubalah hidupkan suis
utama.Jangan
risau kalau kau takut kau jerit saja.Nanti aku tolong kau
ya,”
Hafizah mengangguk.Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik.Sekali sekala
dia
memanggil nama Hadi hanya untuk memastikan dia masih berada di hujung
talian.Kotak suis
utama dibukanya.Segera dia menghidupkan suis.Akhirnya ruangan itu
diterangi cahaya
lampu.
“Hadi!Aku dah hidupkan suis lampu!”Hadi tersenyum.Meskipun dia tahu
gadis itu
tidak akan nampak yang dia sedang tersenyum.
“Berani pun.Takut lagi ke?”
“Taklah takut sangat.Lega
rasanya bilik dah terang-benderang.Terima kasih,”
“Terima kasih untuk apa?Hadi berpura-pura tidak tahu.Sekadar untuk
mengusik.
9
“Yalah.Terima kasih sebab temankan aku dan bagi sokongan masa aku takut
tadi,”Sekali lagi
lelaki itu tersenyum.
“Hafizah bangun cepat!”Badannya
terasa digoncang oleh seseorang.Perlahan-
lahan dia membuka
matanya.Malas.Pagi Ahad sepatutnya menjadi hari dia bermalas-
malasan diatas katil
tetapi hari ini dia terpaksa bangun awal kerana hari ini ialah hari
yang istimewa
baginya.Hari ini hari lahirnya yang ke 20.
“Apa yang kau menungkan lagi tu?Cepat siap nanti ramai pula orang dekat
taman.Faham sajalah
hujung minggu mesti ramai orang dekat sana.Nanti tak seronok
pula sambut hari lahirnya kau kalau ramai orang.Tak
sempat pula nak pilih tempat
duduk,”Hamizah membebel lagi.Pantang baginya kalau
seseorang termenung dan
melengahkan masa.Membazir waktu.
10


No comments:
Post a Comment