“Pokok ni nampak cantiklah.Hafizah,kita duduk dekat sini
sajalah ya?”Hamizah
terus saja membentangkan tikar dan meletakkan bakul
disebelah pokok.Hafizah hanya
memerhatikan saja.Angin pagi meniup mesra tudung Hafizah
yang terletak kemas di
kepalanya.Biarpun jauh dari jagaan ibu bapa dan nasihat
mereka,hukum-hakam Islam
tetap di patuhi.Dia tidak mahu menjadi hamba yang
derhaka.Apa gunanya belajar
tinggi-tinggi tetapi tidak mengamalkannya.Ianya ibarat
pohon tanpa buah.Jauh dia
termenung mengenangkan ibu dan ayahnya di
Malaysia.Perasaan rindu mula
menyentuh hatinya.
“Eh,apa
yang tertulis diatas daun tu?”Hamizah menunding jarinya ke arah daun-
daun yang berterbangan di tiup angin.Hamizah mengutip
beberapa helai daun yang
aneh itu sebelum membeleknya.Hafizah turut melakukan
perbuatan yang dilakukan
Hamizah.Matanya terbuka luas.Dia seperti tidak percaya
apa yang dilihatnya.Setiap
11
daun yang dikutipnya tertulis nombor lapan,satu,empat dan
sembilan.Lebih tidak
percaya apabila di bawah nombor itu tertulis pula simbol
hati dan nama
singkatannya,Fieza.
“Mizah,betul
ke apa yang aku lihat sekarang ni.Ini kuasa alam atau
kebetulan,”Hafizah
dengan serta merta mencampak daun-daun itu ke tanah.Tangannya
mula terasa sejuk.
“Hafizah,bertenang.Mungkin semua ini
kebetulan saja.Lagipun kau kan sangat
dikenali di
universiti.Ramai yang minat dengan kau.Mesti semua ini perbuatan peminat-
peminat
engkau,”Hamizah mengusik.Ada juga kebenaran didalam kata-kata gadis
itu.Hafizah tidak
menghiraukan usikan Hamizah.Dia terus terpaku merenung daun
kering itu,sedaya
upaya untuk memahami maksud di sebalik misteri itu.
Beban makin terasa di dalam
hatinya.Manakan tidak.Banyak benda pelik yang
12
mengganggunya sejak
tiga bulan yang lalu.Misteri surat yang diterimanya masih belum
terjawab kini
bertambah pula dengan kehadiran daun kering yang aneh itu.Segalanya
berlalu dengan begitu
pantas.Dia masih belum mendapat sebarang petunjuk mengenai
misteri itu.
Esoknya,seorang pensyarah dari Malaysia mengadakan satu ceramah khas
untuk pelajar
Malaysia di bilik Gerakan Pelajar Malaysia.Bilik itulah yang digunakan
apabila tiba hari
perayaan di Malaysia.Bagi pelajar Islam apabila tibanya bulan
Ramadhan mereka akan berbuka
puasa bersama-sama di situ.Begitu juga ketika
sambutah Hari Raya
Aidilfitri.Pelajar bukan Islam juga tidak dipinggirkan.Setiap kali
tibanya perayaan
Krismas mereka akan menyambutnya bersama.Hafizah bergegas ke
dewan selepas kuliahnya
tamat.Dia mahukan tempat yang terbaik.
13
Ceramah dimulakan dengan kata-kata aluan dari ketua pelajar dan
diteruskan
oleh penceramah
jemputan,Encik Haris.Senyuman sentiasa mekar di bibir lelaki 30-an
itu.Sebaik saja Encik
Haris menyebut tajuk utama pada hari itu semua pelajar
tersenyum-senyum.Ada
juga yang berbisik-bisik sesama sendiri.Manakan tidak tajuk
yang akan di kupaskan
pada hari itu ialah tentang cinta.Encik Haris memang pandai
menghangatkan suasana
dan menarik perhatian pendengar.Hafizah turut tersenyum
dengan tangannya yang
sentiasa mencatat apa yang diucapkan oleh penceramah.
“Lelaki sentiasa mencari idea bagaimana mahu menarik perhatian
gadis.Terutamanya
yang mereka sukai.Kalau gadis-gadis berjalan pasti ada lelaki yang
akan mengusik
terutamanya yang cantik dan menarik.Jadi pelbagai taktik dan strategi
digunakan bagi
menarik perhatian gadis-gadis ini.Biasanya mereka akan meminta
nombor telefon,hantar
nombor telefon melalui pelayan restoren atau menghantar instant
14
messages di laman sosial Facebook.Namun,ada beberapa taktik
yang paling jarang
digunakan dan yang
paling unik iaitu dengan kaedah penggunaan nombor.Lelaki yang
menggunakan taktik
ini biasanya seorang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan
terancang dan
tersusun.Bagaimana mereka menggunakan taktik ini?Mereka
menggunakan nombor
yang mewakili nama mereka.Contohnya nama
saya,Haris.Nombor
lapan untuk H,nombor satu untuk A,nombor lapan belas untuk
R,nombor sembilan
untuk I dan nombor sembilan belas untuk S.Jadi kamu akan dapat
nombor
8118919.Terpulanglah kepada gadis untuk menterjemahkan nombor itu atau
tidak.Nombor tersebut
akan dihantar kepada melalui kreativiti lelaki itu
sendiri.Faham?Betapa
hebatnya lelaki ini,”Encik Haris tersenyum mesra.
Hafizah sedikit
tersentak.Segera dikeluarkan daun kering yang disimpan didalam
beg
galasnya.8149.Hafizah pantas mencatat nombor itu diatas kertas sebelum
15


No comments:
Post a Comment