“Aku dah tahu.Tak perlulah kau jelaskan semuanya.Semuanya sudah jelas
bagi aku,”
Hafizah mematikan telefon.Dia berjalan meninggalkan Hadi.Hatinya
berharap
agar lelaki itu
mengejarnya seperti dalam drama Korea.Namun,lelaki itu hanya
melihatnya
pergi,langsung tidak mengejarnya apatah lagi memanggil namanya.
“Hafizah!”Akhirnya Hadi memanggilnya.Gadis itu tersenyum lalu
memalingkan
mukanya
“Ini semua barang kepunyaan kau yang aku curi dulu,”Hafizah mencebik.
‘Ingatkan nak cakap dia suka
aku.Huh,’
Hafizah
mengayuh basikalnya mengelilingi tasik.Sudah sejam dia berada di
taman tasik itu.Fikirannya sudah serabut jadi biarlah dia
menenangkan fikirannya
dengan berbasikal.
21
“Hafizah!!!”gadis itu menoleh.Dia seolah-olah terdengar ada orang
memanggil
namanya.Namun,tidak kelihatan pula siapa yang
memanggilnya.Dia mengangkat
bahunya,beranggapan suara itu hanyalah bayangannya.
“Hafizah!!”sebuah basikal pantas
menuju ke arahnya.Hafizah menjerit namun
tidak dapat menghalang basikal itu dari terus
melanggarnya.Gadis itu
terjatuh.Basikalnnya tercampak ke dalam tasik.Penunggang
basikal yang
melanggarnya juga
terjatuh di sebelahnya.
“Hei,mata kau letak dekat
mana?!”Hafizah menjerit marah.Manakan
tidak.Lututnya sudah berdarah.
“Maaf makcik.Maaf saya tak
nampak tadi,”lelaki itu tersengih.
“Kau!Hadi!!!”Hafizah
membuntangkan matanya.
“Maaflah.Aku tak sengaja.Aku
panggil kau tapi kau tak dengar pula.Ingatkan nak
22
pintas kau tapi dah berlanggar pula,”
“Kau nampak tak lutut aku
dah berdarah.Basikal aku pula jatuh dalam tasik.Kau
memang menyusahkan aku!”
“Maaflah.Sebenarnya aku ada
perkara nak cakap dengan kau ni,”
“Ish,tak ada masa dah ke nak
cakap?”
“Tak ada masa lain
lagi.Malam semalam selepas aku jumpa kau.Aku yakin.Aku
yakin kaulah orangnya,”
“Aku?Kenapa dengan aku?”
“Aku yakin yang aku sudah
jatuh hati pada gadis yang baru aku langgar tadi,”
Hafizah tercenggang.Hadi pula tersenyum.Hamizah baru saja muncul di
sebalik
pokok.Ibu Hadi pula
mengekori Hamizah dengan senyuman di wajahnya.
“Abang Hadi,”gadis yang Hafizah ekori semalam tersenyum mesra lalu
23
menunjukkan ibu
jarinya tanda bagus.
“Wahai Cik Hafizah binti Abu Sufian.Sudikah awak mengahwini saya?”
24


No comments:
Post a Comment