Welcome to Melbourne
Australia!Akhirnya hasratnya ingin menjejakkan kaki ke
tanah koala ini
tercapai jua.Bagai tidak percaya dia ke sana
bukan untuk makan angin
atau mengambil gambar didepan dewan opera berwarna putih
sebagai kenangan.Dia
ke sana untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan
kimia.Terasa
seolah- olah bermimpi membuatkan Hafizah mencubit
perlahan lengannya.Ternyata dia
tidak bermimpi.Hafizah tersenyum puas.Segala penat
lelahnya kini menampakkan hasil.
Hafizah keluar dari dewan kuliah dengan seribu satu
perasaan dendam dan
geram kepada orang
yang mencuri pendrivenya.Nasib baik pensyarah memahami
keadaanya dan memberi
tarikh pembentangan yang lain.Sesekali matanya melilau
mencari rakan
sebiliknya.Perutnya sudah menyanyi minta diisi dengan makanan
berkarbohidrat.Sesaat
itu juga dia tersentak.Berdiri tidak jauhnya kelihatan seorang
lelaki yang amat dikenalinya.Bertubi tubi soalan
menyerang mindanya.Bagaimana dia
1
boleh berada disini?Betulkah
itu dia?Sekali lagi matanya mencuri pandang wajah lelaki
itu.Sah!Hafizah tidak
tersilap orang.Itulah pelajar seniornya ketika di sekolah
menengah dahulu dan
dia pernah menaruh perasaan terhadap lelaki bernama Hadi
Arshad.
“Kenapa aku rasa macam ada orang
memerhatikan aku ni?”Sekilas itu juga Hadi
melontar pandangannya tepat ke arah Hafizah yang
tersengih macam kerang
busuk.Mata Hadi terbuka luas.Bagaimana gadis itu boleh
berada di tanah Melbourne
ini?Segera langkah
dibuka mendekati gadis tinggi lampai itu.
“Ehem.Kau Hafizah kan?”Hadi tersenyum melihat Hafizah yang sedikit
melompat
apabila menyedari
kehadirannya.
“Er...ya.Aku Hafizah.Er..kau ni siapa?”Hafizah berpura-pura tidak
mengenali.Masakan
mahu mengaku dia amat mengenali lelaki yang ada iras pelakon
2
filem Twilight itu.
“Cis,pura-pura tak kenal pula.Aku Hadi Arshad.Senior kau di sekolah
menengah
dahulu,”Hadi menyeringai.Sakit pula hatinya diperlakukan
demikian.Hafizah
tersengih lagi.Gadis
itu hanya mampu mengangguk perlahan tanda dia masih ingat
lelaki itu.Hadi
meneruskan perbualannya.Lama juga mereka berbual.Sekali sekala tawa
mereka meletus.Hafizah
pun mula membuka cerita tentang kehilangan barangnya.
“Pendrive aku hilang
tadi.Tak tahulah siapa yang curi.Geram betul tapi nasib baik
pensyarah tu
faham,”Hafizah merungut.Sesekali Hafizah menjeling Hadi yang dari tadi
hanya tersenyum.
“Kenapa kau senyum pula?Aku tengah
rungsing ni boleh lagi kau senyum,”Hadi
terus ketawa apabila
mendengar rungutan Hafizah.
3
“Haha..habis tu aku nak buat apa?Mana tahu kalau senyuman aku yang
menawan ni mampu menyejukkan
hati kau,”Muka Hafizah masam
mencuka.”Yalah,nanti aku tolong kau carikan pendrive kau
yang hilang tu.Pendrive
KIngston warna putih betul tak?”
“Hm...macam mana kau tahu ni?
“Haha..aku kan hebat.Sekali teka dah tahu,”Hafizah mengangkat
keningnya,meluat.
Malam itu,Hafizah memunggah beg
galasnya dan tika itu matanya tertarik pada
sepucuk sampul surat
berwarna emas yang menggelungsur keluar dari begnya.Segera
dia mencapai surat
itu lalu membaca isi kandungannya.Aneh.Tiada apa yang tertulis
disitu kecuali satu
nombor sahaja.Nombor lapan tertulis besar di tengah muka surat itu.
“Apa maksud surat ni?Ish..malaslah
nak fikir.Banyak lagi tugasan aku kena
4
siapkan dari buang masa tatap surat ni baik aku
siapkan tugasan aku,”cetus hatinya
lantas menyimpan
surat itu didalam laci mejanya.
Sesekali matanya mencuri pandang
laci mejanya.Entah mengapa dia berbuat
begitu dia sendiri
pun tidak mengerti.Tiba-tiba telefon bimbit jenama Sony Xperia Z
kepunyaannya berdering nyaring melantunkan lagu Skyfall
nyanyian Adele,tanda ada
panggilan masuk.Lantas tangannya menjawab panggilan itu.
“Hello?”Tiada
suara kederangan dari pemanggilnya.Dahi Hafizah
berkerut.”Hello?Siapa
ni?”Sekali lagi dia bertanya.”Hello?”Talian terputus.Berderau
darah gadis itu saat
itu juga dia melemparkan telefonnya ke atas katil.Sekali lagi
telefonnya berdering
nyaring.Hafizah menekup telinganya.Ketakutan mula menguasai
diri.Hujan diluar
juga makin lebat diiringi bunyi kilat sambar menyambar.Telefonnya
masih lagi berdering.
5


No comments:
Post a Comment