button follow

Kamulah Pencuri Itu part4

menterjemahkannya kepada huruf.H.A.D.I.Fikirannya semakin rungsing.Nombor-

nombor itu membawa maksud kepada nama Hadi.Hadi Arshad?Dia menoleh kepalanya

lalu mencari lelaki yang bernama Hadi.Dia pasti lelaki itu akan turut serta pada

pertemuan hari itu.Namun,lelaki itu tidak kelihatan.


            Sejurus sahaja ceramah pada hari itu tamat,Hafizah segera menelefon

Hadi.Namun,semua panggilannya tidak diangkat.Dia mencuba sekali lagi dan hasilnya

tetap sama.Hafizah mengeluh berat.Perlahan-lahan dia melangkah pulang ke rumah

sewanya.Cuaca terik membuatkan tekaknya terasa haus.Langkahnya untuk pulang ke

rumah dimatikan.Segera dia menukar arah menuju ke sebuah kafe di seberang

jalan.Dia memang selalu pergi ke kafe itu bersama Hadi dan Hamizah.Sekali lagi dia

mengeluh.Hafizah meminta minuman kegemarannya lalu menghulurkan duit untuk

membayar minuman yang dimintanya.
                 16

                 Dia baru saja melangkah keluar apabila matanya menangkap wajah lelaki

yang dicari-carinya tadi.Namun,lelaki itu tidak keseorangan.Di sebelahnya,seorang

gadis tidak bertudung memengang lengan lelaki itu erat.Hatinya panas membara.
                

                 ’Sudahlah tidak tutup aurat,gedik pula tu,’hatinya berbisik jahat.Dia mengekori

pasangan itu dari belakang.Setiap detik tidak dilepaskannya.Hatinya bertambah panas

apabila pasangan itu bermesra-mesra.Sesekali gadis tidak bertudung itu memukul bahu

lelaki itu.Pantas dia menangkap beberapa aksi mesra mereka.Mana tahu dia boleh

menggunakan gambar itu untuk kegunaan sendiri.Dirinya terasa

dipermainkan.Walaupun dia menyedari hubungannya dengan lelaki itu hanyalah kawan

baik namun dia dapat merasakan sesuatu yang aneh.Perasaan aneh yang wujud

didalam hatinya apabila bersama lelaki itu.

17
 


           
Malam itu,Hafizah tidak dapat tidur dengan lena.Bayangan lelaki bersama gadis

itu sentiasa bermain di mindanya.Gambar-gambar mesra pasangan itu ditatapnya satu

persatu.Hatinya terasa seperti dicarik-carik.Dia sebenarnya sudah lama menyimpan

perasaan pada lelaki itu sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

Hafizah bangun lalu menyarungkan tudungnya.Pintu dibuka.Dia keluar dari

rumah walaupun dia tahu hari sudah lewat malam.Dia ingin mengambil angin malam di

taman.Suasana sunyi sepi.Tiada apa yang menemaninya kecuali lampu jalan dan angin

malam.Dia berjalan menyusuri jalan yang lenggang.


            Tiba-tiba merasakan seperti ada seseorang yang mengekorinya dari

belakang.Dia menoleh.Tidak jauh darinya berdiri seorang lelaki yang memakai kot

hitam.Lelaki itu tersenyum ke arahnya sebelum dia mengeluarkan telefon bimbit.Sesaat
18
itu juga telefon bimbit Hafizah berdering.Tertera di skrin nama Hadi.Dia masih tidak

faham permainan lelaki itu.


            “Hello?Kenapa tak cakap depan saja?”Hafizah sedikit geram.Masih tidak dapat

melupakan insiden petang tadi.


            “Maaflah kalau kau nampak apa yang aku buat petang tadi.Kau kena dengar

penjelasan aku dulu baru kau faham perkara sebenar.Pertama sekali aku  minta kau

dengar saja dan jangan menyampuk,”


            “Hm.yalah,”kata gadis itu acuh tidak acuh.


            “Bagus.Sebenarnya perempuan yang kau nampak petang tadi itu adik aku.Dia

datang ke sini bersama ibu aku...”
           
19
“Adik?Macam boleh percaya saja kata-kata lelaki.Lelaki memang ada banyak


alasan.Entah betul entah tidak,”
           

“Boleh tak kau dengar dulu.Jangan nak menyampuk!Hm kau tak percaya?Kau


boleh tanya Hamizah.Dia jumpa ibu dan adik aku petang tadi.Aku tak tipu,”


            “Hm.Yalah,”
           
“Aku tak tipu,”
           

“Yalah.Aku tak kata pun kau menipu!”
           

“Hm..satu perkara lagi.Ingat lagi nombor-nombor aneh yang kau dapat


itu?Sebenarnya...”

            20

No comments:

Post a Comment