button follow

Its Teacher Day !

Hey hey
ops lupa nak bagi salam.ehem...
Assalamualaikum semua.Dah tengok Shidaa Ohsem post pasal hari guru http://shidaabdullah.blogspot.com/2013/05/stj-stagram-teachers-day-3-part-oneeee.html
(ehem.saja menjaja publisiti budak ni)
saya pun na post juga pasal hari guru di sekolah saya.

Hari Sabtu dah start sketch di board.Sangat penat.Tapi memang seronoklah even terkejar-kejar nak beli barang yang tak cukup.haha ni dialog kitorang nak minta outing dekat warden.masa tu memang sangat sangat sangat terdesak nak outing!

Warden:(tiba-tiba je memunculkan diri dari balik tabir)ehem macam mana persediaan??ok?
Kitorang:Gulp!(sengih-sengih)
Warden:Saya tanya ni.Kenapa senyap je.
Kitorang:(still sengih sengih)
Warden:Ya Allah!
Saya:Cikgu!Kitorang nak minta cikgu hantarkan kitorang pergi Fresco boleh tak?
Warden:Hah!Tak ada masa saya nak hantar kamu semua.Tak boleh!
Kitorang:Tapi cikgu ni emergency.Kalau tak ada barang nie tak jadi board yang kitorang nak buat nie.
Warden:(Muke stress je)Ha.Yalah.List down apa nak beli then baru jumpa saya 

Alhamdulillah.Nasib baik warden na tolong.Hehe asalnya memang kitorang nak redah je keluar sekolah.Peduli apa.Tapi bila  difikirkan balik....tak berani pula.

Then bertukang punya bertukang.Siaplah juga board aka dewan kami ni
Inilah hasilnya.jajajajjajaja
????

ok...sampai sini saja.sambung part 2 untuk pentomen form 5 :D
daa

Kamulah Pencuri Itu part5

“Aku dah tahu.Tak perlulah kau jelaskan semuanya.Semuanya sudah jelas bagi aku,”
           
Hafizah mematikan telefon.Dia berjalan meninggalkan Hadi.Hatinya berharap

agar lelaki itu mengejarnya seperti dalam drama Korea.Namun,lelaki itu hanya

melihatnya pergi,langsung tidak mengejarnya apatah lagi memanggil namanya.

“Hafizah!”Akhirnya Hadi memanggilnya.Gadis itu tersenyum lalu memalingkan

mukanya

“Ini semua barang kepunyaan kau yang aku curi dulu,”Hafizah mencebik.

‘Ingatkan nak cakap dia suka aku.Huh,’
 
            Hafizah mengayuh basikalnya mengelilingi tasik.Sudah sejam dia berada di

taman tasik itu.Fikirannya sudah serabut jadi biarlah dia menenangkan fikirannya

dengan berbasikal.
21
“Hafizah!!!”gadis itu menoleh.Dia seolah-olah terdengar ada orang memanggil

namanya.Namun,tidak kelihatan pula siapa yang memanggilnya.Dia mengangkat

bahunya,beranggapan suara itu hanyalah bayangannya.
           
“Hafizah!!”sebuah basikal pantas menuju ke arahnya.Hafizah menjerit namun

tidak dapat menghalang basikal itu dari terus melanggarnya.Gadis itu

terjatuh.Basikalnnya tercampak ke dalam tasik.Penunggang basikal yang

melanggarnya juga terjatuh di sebelahnya.
           
“Hei,mata kau letak dekat mana?!”Hafizah menjerit marah.Manakan

tidak.Lututnya sudah berdarah.

“Maaf makcik.Maaf saya tak nampak tadi,”lelaki itu tersengih.
           
“Kau!Hadi!!!”Hafizah membuntangkan matanya.
           
“Maaflah.Aku tak sengaja.Aku panggil kau tapi kau tak dengar pula.Ingatkan nak

22
pintas kau tapi dah berlanggar pula,”
           
“Kau nampak tak lutut aku dah berdarah.Basikal aku pula jatuh dalam tasik.Kau

memang menyusahkan aku!”
           
“Maaflah.Sebenarnya aku ada perkara nak cakap dengan kau ni,”
           
“Ish,tak ada masa dah ke nak cakap?”

“Tak ada masa lain lagi.Malam semalam selepas aku jumpa kau.Aku yakin.Aku

yakin kaulah orangnya,”
           
“Aku?Kenapa dengan aku?”
           
“Aku yakin yang aku sudah jatuh hati pada gadis yang baru aku langgar tadi,”
           
Hafizah tercenggang.Hadi pula tersenyum.Hamizah baru saja muncul di sebalik

pokok.Ibu Hadi pula mengekori Hamizah dengan senyuman di wajahnya.
           
“Abang Hadi,”gadis yang Hafizah ekori semalam tersenyum mesra lalu

23
menunjukkan ibu jarinya tanda bagus.
           
“Wahai Cik Hafizah binti Abu Sufian.Sudikah awak mengahwini saya?”

24

Kamulah Pencuri Itu part4

menterjemahkannya kepada huruf.H.A.D.I.Fikirannya semakin rungsing.Nombor-

nombor itu membawa maksud kepada nama Hadi.Hadi Arshad?Dia menoleh kepalanya

lalu mencari lelaki yang bernama Hadi.Dia pasti lelaki itu akan turut serta pada

pertemuan hari itu.Namun,lelaki itu tidak kelihatan.

            Sejurus sahaja ceramah pada hari itu tamat,Hafizah segera menelefon

Hadi.Namun,semua panggilannya tidak diangkat.Dia mencuba sekali lagi dan hasilnya

tetap sama.Hafizah mengeluh berat.Perlahan-lahan dia melangkah pulang ke rumah

sewanya.Cuaca terik membuatkan tekaknya terasa haus.Langkahnya untuk pulang ke

rumah dimatikan.Segera dia menukar arah menuju ke sebuah kafe di seberang

jalan.Dia memang selalu pergi ke kafe itu bersama Hadi dan Hamizah.Sekali lagi dia

mengeluh.Hafizah meminta minuman kegemarannya lalu menghulurkan duit untuk

membayar minuman yang dimintanya.
                 16

                 Dia baru saja melangkah keluar apabila matanya menangkap wajah lelaki

yang dicari-carinya tadi.Namun,lelaki itu tidak keseorangan.Di sebelahnya,seorang

gadis tidak bertudung memengang lengan lelaki itu erat.Hatinya panas membara.
                
                 ’Sudahlah tidak tutup aurat,gedik pula tu,’hatinya berbisik jahat.Dia mengekori

pasangan itu dari belakang.Setiap detik tidak dilepaskannya.Hatinya bertambah panas

apabila pasangan itu bermesra-mesra.Sesekali gadis tidak bertudung itu memukul bahu

lelaki itu.Pantas dia menangkap beberapa aksi mesra mereka.Mana tahu dia boleh

menggunakan gambar itu untuk kegunaan sendiri.Dirinya terasa

dipermainkan.Walaupun dia menyedari hubungannya dengan lelaki itu hanyalah kawan

baik namun dia dapat merasakan sesuatu yang aneh.Perasaan aneh yang wujud

didalam hatinya apabila bersama lelaki itu.

17
 
Malam itu,Hafizah tidak dapat tidur dengan lena.Bayangan lelaki bersama gadis

itu sentiasa bermain di mindanya.Gambar-gambar mesra pasangan itu ditatapnya satu

persatu.Hatinya terasa seperti dicarik-carik.Dia sebenarnya sudah lama menyimpan

perasaan pada lelaki itu sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

Hafizah bangun lalu menyarungkan tudungnya.Pintu dibuka.Dia keluar dari

rumah walaupun dia tahu hari sudah lewat malam.Dia ingin mengambil angin malam di

taman.Suasana sunyi sepi.Tiada apa yang menemaninya kecuali lampu jalan dan angin

malam.Dia berjalan menyusuri jalan yang lenggang.

            Tiba-tiba merasakan seperti ada seseorang yang mengekorinya dari

belakang.Dia menoleh.Tidak jauh darinya berdiri seorang lelaki yang memakai kot

hitam.Lelaki itu tersenyum ke arahnya sebelum dia mengeluarkan telefon bimbit.Sesaat
18
itu juga telefon bimbit Hafizah berdering.Tertera di skrin nama Hadi.Dia masih tidak

faham permainan lelaki itu.

            “Hello?Kenapa tak cakap depan saja?”Hafizah sedikit geram.Masih tidak dapat

melupakan insiden petang tadi.

            “Maaflah kalau kau nampak apa yang aku buat petang tadi.Kau kena dengar

penjelasan aku dulu baru kau faham perkara sebenar.Pertama sekali aku  minta kau

dengar saja dan jangan menyampuk,”

            “Hm.yalah,”kata gadis itu acuh tidak acuh.

            “Bagus.Sebenarnya perempuan yang kau nampak petang tadi itu adik aku.Dia

datang ke sini bersama ibu aku...”
           
19
“Adik?Macam boleh percaya saja kata-kata lelaki.Lelaki memang ada banyak

alasan.Entah betul entah tidak,”
           
“Boleh tak kau dengar dulu.Jangan nak menyampuk!Hm kau tak percaya?Kau

boleh tanya Hamizah.Dia jumpa ibu dan adik aku petang tadi.Aku tak tipu,”

            “Hm.Yalah,”
           
“Aku tak tipu,”
           
“Yalah.Aku tak kata pun kau menipu!”
           
“Hm..satu perkara lagi.Ingat lagi nombor-nombor aneh yang kau dapat

itu?Sebenarnya...”

            20

Kamulah Pencuri Itu part 3

“Pokok ni nampak cantiklah.Hafizah,kita duduk dekat sini sajalah ya?”Hamizah

terus saja membentangkan tikar dan meletakkan bakul disebelah pokok.Hafizah hanya

memerhatikan saja.Angin pagi meniup mesra tudung Hafizah yang terletak kemas di

kepalanya.Biarpun jauh dari jagaan ibu bapa dan nasihat mereka,hukum-hakam Islam

tetap di patuhi.Dia tidak mahu menjadi hamba yang derhaka.Apa gunanya belajar

tinggi-tinggi tetapi tidak mengamalkannya.Ianya ibarat pohon tanpa buah.Jauh dia

termenung mengenangkan ibu dan ayahnya di Malaysia.Perasaan rindu mula

menyentuh hatinya.

            “Eh,apa yang tertulis diatas daun tu?”Hamizah menunding jarinya ke arah daun-

daun yang berterbangan di tiup angin.Hamizah mengutip beberapa helai daun yang

aneh itu sebelum membeleknya.Hafizah turut melakukan perbuatan yang dilakukan

Hamizah.Matanya terbuka luas.Dia seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.Setiap

11
daun yang dikutipnya tertulis nombor lapan,satu,empat dan sembilan.Lebih tidak

percaya apabila di bawah nombor itu tertulis pula simbol hati dan nama

singkatannya,Fieza.

            “Mizah,betul ke apa yang aku lihat sekarang ni.Ini kuasa alam atau

kebetulan,”Hafizah dengan serta merta mencampak daun-daun itu ke tanah.Tangannya

mula terasa sejuk.

            “Hafizah,bertenang.Mungkin semua ini kebetulan saja.Lagipun kau kan sangat

dikenali di universiti.Ramai yang minat dengan kau.Mesti semua ini perbuatan peminat-

peminat engkau,”Hamizah mengusik.Ada juga kebenaran didalam kata-kata gadis

itu.Hafizah tidak menghiraukan usikan Hamizah.Dia terus terpaku merenung daun

kering itu,sedaya upaya untuk memahami maksud di sebalik misteri itu.

            Beban makin terasa di dalam hatinya.Manakan tidak.Banyak benda pelik yang

12
mengganggunya sejak tiga bulan yang lalu.Misteri surat yang diterimanya masih belum

terjawab kini bertambah pula dengan kehadiran daun kering yang aneh itu.Segalanya

berlalu dengan begitu pantas.Dia masih belum mendapat sebarang petunjuk mengenai

misteri itu.

Esoknya,seorang pensyarah dari Malaysia mengadakan satu ceramah khas

untuk pelajar Malaysia di bilik Gerakan Pelajar Malaysia.Bilik itulah yang digunakan

apabila tiba hari perayaan di Malaysia.Bagi pelajar Islam apabila tibanya bulan

Ramadhan mereka akan berbuka puasa bersama-sama di situ.Begitu juga ketika

sambutah Hari Raya Aidilfitri.Pelajar bukan Islam juga tidak dipinggirkan.Setiap kali

tibanya perayaan Krismas mereka akan menyambutnya bersama.Hafizah bergegas ke

dewan selepas kuliahnya tamat.Dia mahukan tempat yang terbaik.
           
13
Ceramah dimulakan dengan kata-kata aluan dari ketua pelajar dan diteruskan

oleh penceramah jemputan,Encik Haris.Senyuman sentiasa mekar di bibir lelaki 30-an

itu.Sebaik saja Encik Haris menyebut tajuk utama pada hari itu semua pelajar

tersenyum-senyum.Ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri.Manakan tidak tajuk

yang akan di kupaskan pada hari itu ialah tentang cinta.Encik Haris memang pandai

menghangatkan suasana dan menarik perhatian pendengar.Hafizah turut tersenyum

dengan tangannya yang sentiasa mencatat apa yang diucapkan oleh penceramah.

“Lelaki sentiasa mencari idea bagaimana mahu menarik perhatian

gadis.Terutamanya yang mereka sukai.Kalau gadis-gadis berjalan pasti ada lelaki yang

akan mengusik terutamanya yang cantik dan menarik.Jadi pelbagai taktik dan strategi

digunakan bagi menarik perhatian gadis-gadis ini.Biasanya mereka akan meminta

nombor telefon,hantar nombor telefon melalui pelayan restoren atau menghantar instant
14
messages di laman sosial Facebook.Namun,ada beberapa taktik yang paling jarang

digunakan dan yang paling unik iaitu dengan kaedah penggunaan nombor.Lelaki yang

menggunakan taktik ini biasanya seorang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan

terancang dan tersusun.Bagaimana mereka menggunakan taktik ini?Mereka

menggunakan nombor yang mewakili nama mereka.Contohnya nama

saya,Haris.Nombor lapan untuk H,nombor satu untuk A,nombor lapan belas untuk

R,nombor sembilan untuk I dan nombor sembilan belas untuk S.Jadi kamu akan dapat

nombor 8118919.Terpulanglah kepada gadis untuk menterjemahkan nombor itu atau

tidak.Nombor tersebut akan dihantar kepada melalui kreativiti lelaki itu

sendiri.Faham?Betapa hebatnya lelaki ini,”Encik Haris tersenyum mesra.

Hafizah sedikit tersentak.Segera dikeluarkan daun kering yang disimpan didalam

beg galasnya.8149.Hafizah pantas mencatat nombor itu diatas kertas sebelum

15

Kamulah Pencuri Itu part 2

Dia akhrinya nekad untuk mengangkat panggilan telefon itu.Perlahan-lahan dia

menghampiri katil lalu membuka pesanan ringkas yang diterimanya.Tertera di skrin itu

nombor lapan.Saat itu juga petir menyambar.Saat itu juga gadis itu berbaring dibawah

selimut lalu terus tidur dalam ketakutan.
 
            Hafizah mendapatkan Hadi sejurus saja tamat kuliah.Entah mengapa lelaki itu

yang dicari sebagai tempat mengadu.Dahulu teman serumahnya sebagai teman kini

Hadi pula sebagai pengganti.Mungkin kerana dia lebih selesa bercerita kepada kerana

dahulu mereka pernah belajar di sekolah yang sama.Dia juga tidak lupa menunjukkan

sampul surat yang diterimanya kepada Hadi dan saat itu juga air muka lelaki itu

berubah.
           
“Tiada nama pengirim atau lain-lain petunjuk ke?”Hafizah menggeleng kepalanya.
           
6
“Hm..tak apalah.Nanti kalau kau dapat petunjuk cepat-cepat beritahu aku

ya?”Hadi mengingatkan.Lelaki itu sempat juga menghadiahkan sekuntum

senyuman yang mampu mencairkan hati.

“Ish..apa pula yang hilang kali ini,”Hafizah merungut sambil menyelongkar beg

galasnya.Perasaan risau mula menerjah diri.Tidak mungkin jam pemberian ibunya

dicuri orang.Jam itu hampir bernilai RM 1000.Manakan tidak, jam import edisi terhad

dari Itali.Dia terdiam sebentar sebelum mengeluarkan sepucuk surat dari begnya.Sekali

lagi dia menerima surat yang aneh.Segera dia membaca isi kandungannya.Tiada apa

kecuali nombor satu tulisan tangan tercoret diatas kertas itu.Hafizah terus saja melipat

surat itu dan menyimpannya di dalam laci.Nombor telefon Hadi segera

dihubungi.Kerisauan didalam hati juga mula menguasai diri.
7
            “Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,”Hafizah mencuba sekali

lagi.Namun,hasilnya tetap sama.Saat itu juga bekalan eletrik rumahnya

terputus.Hafizah menjerit ketakutan.Sejak kecil lagi dia takut akan gelapnya malam.Air

mata mula membasahi pipi.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring.Hadi

menelefonnya.Pantas dia menjawab panggil itu.

“Hadi!Aku takut.Bekalan eletrik rumah aku tiba-tiba saja terputus,”Hafizah

separuh menjerit.Dia berasa sedikit lega.

“Ok.Tak mengapa.Jangan panik.Cuba hidupkan suis utama,”

“Tak boleh.Aku tak berani.Aku takut gelap.Mizah pula tiada di rumah....macam

mana ni Hadi?”

8
“Kau tak boleh macam ni.Kau kena berani.Cubalah hidupkan suis utama.Jangan

risau kalau kau takut kau jerit saja.Nanti aku tolong kau ya,”

Hafizah mengangguk.Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik.Sekali sekala dia

memanggil nama Hadi hanya untuk memastikan dia masih berada di hujung

talian.Kotak suis utama dibukanya.Segera dia menghidupkan suis.Akhirnya ruangan itu

diterangi cahaya lampu.

“Hadi!Aku dah hidupkan suis lampu!”Hadi tersenyum.Meskipun dia tahu gadis itu

tidak akan nampak yang dia sedang tersenyum.

“Berani pun.Takut lagi ke?”

“Taklah takut sangat.Lega rasanya bilik dah terang-benderang.Terima kasih,”

“Terima kasih untuk apa?Hadi berpura-pura tidak tahu.Sekadar untuk mengusik.
9

“Yalah.Terima kasih sebab temankan aku dan bagi sokongan masa aku takut

tadi,”Sekali lagi lelaki itu tersenyum.

            “Hafizah bangun cepat!”Badannya terasa digoncang oleh seseorang.Perlahan-

lahan dia membuka matanya.Malas.Pagi Ahad sepatutnya menjadi hari dia bermalas-

malasan diatas katil tetapi hari ini dia terpaksa bangun awal kerana hari ini ialah hari

yang istimewa baginya.Hari ini hari lahirnya yang ke 20.
           
“Apa yang kau menungkan lagi tu?Cepat siap nanti ramai pula orang dekat

taman.Faham sajalah hujung minggu mesti ramai orang dekat sana.Nanti tak seronok

pula sambut hari lahirnya kau kalau ramai orang.Tak sempat pula nak pilih tempat

duduk,”Hamizah membebel lagi.Pantang baginya kalau seseorang termenung dan

melengahkan masa.Membazir waktu.

            10