button follow

Semanis Oreo dan Dutch Lady (bab 2)

Aen pantas meninggalkan dewan kuliah dengan hati yang sangat kecewa.Pasti markah akhir tahunnya tidak memuaskan.Pasti namanya tidak lagi disebut sebagai pelajar terbaik semester.Tiada lagi kebanggaan.Tiada lagi markah-markah tinggi yang memberinya semangat untuk terus belajar.
        Tanpa diminta air matanya laju saja menyentuh pipinya.Aen mengelap air matanya menggunakan hujung baju kurungnya dengan harapan air matanya akan berhenti mengalir.Terasa malu pula apabila ada beberapa pasang mata memandangnya.
        Aen lembik.Aen cenggeng.Aen anak mak.Huh!Dia tidak mahu gelaran itu berulang kembali.Cukuplah ketika dia bergelar junior di sekolah menengah berasarama penuh.Namun,air matanya lagi bertambah deras mengalir.
        “Ambillah sapu tangan ni.Lap air mata awak,”seorang siswa tiba-tiba saja menegurnya sambil menghulurkan sehelai sapu tangan.
        Aen mendongak.Pipinya terus saja bertukar kemerah-merahan malu menjadi perhatian orang lain.Orang yang menegurnya bukan siswi tetapi seorang siswa.
        “Sejak bila awak ada dekat sini?”tanya Aen tersekat-sekat.
        “Baru saja.Saya nampak awak menangis dekat tepi pasu ni.Kenapa awak nangis?”
        “Biasalah tu bila markah akhir tahun kena tolak,”
        “Kesiannya awak.Em...awak ni dari jurusan apa?”
        “Seni Reka Fesyen.Terima kasihlah untuk sapu tangan ni.Nama awak siapa?”
        “Oh,saya Faizal Ahmad dari jurusan perniagaan.Awak?”
        “Aen Nur Iman.PanggilAen saja,”
        “Aen...um...kalau awak tak kisah jom saya belanja awak minum.Bolehlah awak cerita kenapa markah awak kena tolak.Lagipun tak kan kita nak berbual dekat tepi pasu ni kan?”
        “Haha...maaflah memalukan awak.Um...tak apalah.Terima kasih saja,”
        “Ala...setakat belanja dua ringgit saya tak kisahlah.Lainlah kalau sampai beribu-ribu ringgit kena belanja tu lainlah.Marilah.Saya ikhlas,”
        “Hm....oklah,”
        “Mari,”kata Faizal lalu menghulurkan tangannya untuk menarik Aen berdiri.
        “Eh,Faizal!Bukan mahramlah.Mana boleh pegang tangan,”
        “Oh,maaflah.Saya ni jahil bab agama ni.Tak sangka awak ni sensitif juga ya pasal bab agama,”
        “Tak apa.Saya pun bukannya pandai sangat dalam bab agama ni.Setakat asasnya saja tahulah,”Aen tersenyum.
        Aen berdiri kemudian berjalan beriringan dengan Faizal.Sampai saja di kafe,Aen menjadi perhatian ramai.Maklumlah berjalan beriringan dengan pelajar lelaki yang popular mestilah menjadi perhatian ramai.Aen tidak senang duduk menjadi perhatian orang ramai.Takut-takut dicop siswi mencari populariti murahan.Tapi serasanya dia memang popular dikalangan pensyarah kerana sering mendapat keputusan yang sangat membanggakan.Cemburulah tu.Huh! Hati jahat Aen berbisik.
        “Aen tunggu sini dulu ya.Saya pergi pesan air.Aen nak air apa?”
        “Em....apa-apa saja.Aen tak kisah,”
        “Ok.Aen tunggu sekejap ya,”Faizal segera menuju ke kaunter pesanan.
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan aaaaku
        Telefon bimbit Sony Walkman kepunyaan Aen berdering.Satu mesej masuk kedalam peti simpanan mesejnya.Aen segera membaca mesej yang diterimanya.

'Hai. wat ape tu?dating dgn Faizal eh?kau jgn lupe bg blk pendrive aq.kalo ta siap kau'

Aen terkejut kemudian segera menoleh kekiri dan kekanan.Matanya melilau mencari lelaki yang melanggarnya pagi tadi.Macam mana pula dia dapat nombor aku ni? Tidak jauh dari tempat duduknya Aen mengecam lelaki itu.Lelaki itu tersenyum ke arahnya kemudian melambai.
        “Hei!Nanti!”Aen berdiri.Baru saja dia hendak mengejar lelaki itu Faizal tiba dengan pesanannya.
        “Eh,Aen nak kemana ni?”
        “Mana?Oh,tak ada apa,”Aen duduk semula membatalkan niatnya.
        Matanya kembali melihat tempat lelaki itu berdiri.Sudah tiada.Cis,sekejap saja sudah hilang!
        “Aen cari siapa tu?”tanya Faizal pelik dengan perangai Aen yang sekejap menoleh ke sana ke mari bagai sedang mencari seseorang.
        “Tadi saya terperasan lelaki yang langgar saya.Dialah sebabnya kenapa markah saya kena tolak sampai sepuluh peratus,”
        “Sepuluh peratus?Banyaknya.Awak kenal siapa lelaki tu?”
        “Tak tapi yang saya tahu dia dari jurusan perniagaan.Rupa dia macam artis Korea.Bolehlah tahan tapi saya meluat dengan dia.Dia biarkan saja barang saya bersepah.Bukannya nak tolong kutipkan,”
        “Hahah....marah betul tu.Kalau siswa mukanya macam artis Korea dari jurusan perniagaan tak lain dah mesti lelaki tu namanya Aiman Farahi,”
        “Aiman Farahi?”
        “Haah.Awak tak kenal dia ke?Dia sangat popular.Awak memang tak kenal dia ke?”
        “Kalau saya kenal dah lama saya bagi tahu nama dia,”   
        “Hahaha....dia tu memang macam tu.Ramai siswi minat dia tapi dia tu jenis yang susah nak jatuh hati.Setakat kacau siswi tu memang hobi dia.Tapi setakat ni dia tak couple lagi,”
        “Tak baik betul perangai dia tu.Mempermainkan orang perempuan.Menyampahlah bila teringat balik macam mana dia langgar saya.Siap cakap dia kacak pula tu.Ish...perasaan betul,”
        “Hahah...kelakarlah awak ni bila marah-marah.Awak ada kelas lagi ke lepas ni?”
        “Haah.Pukul dua nanti,”
        “Oh....um....Aen,saya nak nombor awak boleh?”
        “Nombor?Buat apa?”
        “Ala...takkan kita nak loose contact macam tu je.Nanti boleh saya contact awak.Manalah tahu si Aiman tu kacau awak lagi ke.Nanti saya boleh ajar dia cara-cara beradab dengan orang perempuan,”
        “Hahah....tak memasal.Ok...0126448648.Mesej bila perlu je tau.Saya ni malas nak isi kredit,”
        “Terima kasih Aen.Nanti saya mesej awak ok?”
        “Hm.....terima kasih ya sebab belanja saya,”
        “Biasa saja,”Faizal tersenyum.






Semanis Oreo dan Dutch Lady (bab 1)

Kok!Kok!Kok!
Kokokan Sang Jalak jelas kedengaran di telinganya dan menganggu mimpinya yang indah.Aen mengeliat kemudian mencapai jam mejanya.Beberapa saat kemudian badannya terasa segar serta merta.Setengah jam sebelum kelasnya mula.Aen pantas turun dari katilnya dan berlari masuk ke dalam bilik air.
Sepuluh kilometer dari rumah Aen.....
        “Aku dah lambat ni!”Aiman menggelabah.
Cepat saja dia bersiap takut-takut terlewat sampai ke kuliah.Maklum saja hari ini gilirannya untuk membuat pembentangan yang berjaya disiapkan malam semalam.
        “Hai,laju makan.Lambat dah ke?”tanya Puan Kamilah.
        “Haah.Ok.Aiman pergi dulu eh,”Aiman mencium tangannya ibu kemudian bergegas menghidupkan enjin kereta Honda City miliknya.
        “Ummi,Aen pergi dulu ya,”Aen mendapatkan ibunya kemudian mencium pipinya.
        “Hati-hati di jalan!”
        “Baik ummi,”
        Jantungnya berdegup kecang.Jam tangannya dilihat sekilas.Sepuluh minit lewat!Profesor Khatijah pasti akan menolak lima markah untuk Peperiksaan Akhir Tahun.Aen mempercepatkan langkahnya kemudian mengambil lorong disebelah kirinya dan tanpa sebarang amaran semua bahan pembentangannya jatuh bersepah di lantai.Darahnya serta merta naik mendadak.
        “Hey!Buta ke?Orang nak cepat ni.Sepuluh minit lewat tau tak?”Aen terus saja mencerca orang yang melanggarnya.
        “Haik?Apa pula ni?Hei perempuan.Mata kau lah yang buta.Kau tak nampak ke kami berdua yang kacak ni?”
        “Heh!Kau jangan nak perasan waktu sekarang ni eh!Aku dah lambat sepuluh minit tau tak?”
        “Kau ingat kau saja ke yang lambat aku pun dah lambat juga!”
        “Menyampahlah!Ish!”
        Aen pantas mengutip bahan pembentangannya kemudian dengan pantas meninggalkan dua orang lelaki yang sengaja membuat anginnya tidak baik.
        “Hah....sampai juga akhirnya,”Aen termengah-mengah.Semua mata memandangnya.Aen tersengih.
        “Kamu lambat lima belas minit Cik Aen Nur Iman.Lima markah ditolak atas kelewatan kamu.Sekarang saya bagi awak lima minit untuk membuat persiapan bahan pembentangan awak,”
        “Maaf.Terima kasih puan,”
        Aen pantas mengeluarkan pendrive kemudian mencari-cari fail bahan pembentangannya.Sekali lagi jantungnya berdegup kencang.Mana pula aku simpan bahan pembentangan ni?!
        “Aen.Lama lagi ke kamu nak buat persiapan?”tanya Profesor Khatijah dengan renungan tajam.
        “Hehehe...sebentar ya puan,”Aen tersenyum penuh kepalsuan.Matanya kembali menatap skrin komputer ribanya.Perniagaan Berdasarkan Syariah?Ini tajuk apa pula?Oh tidak!Aku dah tertukar pendrive dengan mamat tu.Habislah aku.
        “Um....puan.Saya nak minta maaf sangat.Sa...saya rasa saya dah tersalah ambil pendrive lah.Mungkin masa saya terlanggar pelajar kelas Bussnies tadi,”
        “Apa?!Kamu tertukar pendrive?Kamu tahu tak berapa lama kami semua menunggu kamu?Sudah!Ambil tempat kamu.Saya akan tolak sepuluh peratus markah akhir tahun kamu!”
        “Sepuluh peratus puan?Ta...tapi puan.Saya tak seng...”
        “Ambil tempat kamu atau saya tolak lima puluh peratus.Saya tidak bergurau...”
        “Baik puan,”Aen menunduk.Hatinya betul-betul kecewa akan kesalahannya.
        Beberapa orang siswi tersenyum sinis ke arah.Jelas sekali ingin mengatakan tahniah atas nasib malangnya.Terbayang dimindanya wajah lelaki ‘kacak’ yang melanggarnya tadi.Kali ini hatinya benar-benar sakit.
        “Assalamualaikum prof.Maaf saya lewat sikit,”Aiman tersengih.
        “Lewat sikit?Kamu sedar tak kamu dah lewat setengah jam.Saya terpaksa mendahulukan pelajar lain.Sudah.Saya beri kamu lima minit untuk buat persiapan,”
        “Terima kasih prof,”Aiman tersengih lagi.Pendrive dikeluarkan dan dia pantas mencari bahan pembentangannya.Aik?Mana pula bahan nak dibentangkan ni?Kenapa semua fail ni tentang course rekaan fesyen?Alamak!
        “Um....prof.Er...andai katalah saya ni tersalah ambil fail apa tindakkan prof?”
        “Oh,sudah pastinya saya akan menolak sepuluh peratus markah akhir tahun kamu.Kenapa?Kamu ada sebarang masalah ke tentang itu,”
        “Er..nampaknya begitulah keadaan saya sekarang ni,”
        “Apa!Kamu tersalah bawa bahan?Saya tolak lima belas peratus markah akhir tahun kamu atas kelewatan dan kecuaian,”
        “Ta..tapi prof saya tidak sengaja.Saya berlanggar dengan seorang pelajar course seni reka fesyen.Saya rasa saya tak salah dalam hal ni.Perkara ni tak disengajakan prof,”
        “Sudah.....saya tak mahu mendengar apa-apa penjelasan dari kamu.Duduk atau saya akan tolak dua puluh peratus,”
        “Jangan prof!Saya akan duduk sekarang,”
        Aiman mengambil tempatnya disebelah Ikhwan.Ikhwan tersenyum mengejek.Aiman menumbuk bahunya.
        “Sakitlah!”
        “Padan muka kau.Tak ada perasan belas ihsan langsung.Apa jenis kawanlah kau ni,”
        “Itulah.Kau pun satu.Tahu dah lambat nak juga pergi kafe.Laparlah konon.Satu lagi.Kau tu dah teringin sangat ke nak tukar selera.Bosan dah ke belajar berniaga?”
        “Senyaplah kau.Memekak je,”
        “Hahaha...”